klpos
KUALA LUMPUR – Ah long biasanya mengganas bila hutang tak dibayar tetapi bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Lina, 22, ah long menipunya sebanyak RM5,000 sebelum sempat membuat pinjaman.
LINA (kiri) menunjukkan laporan polis kepada Michael Chong berhubung kes penipuan pinjaman ah long di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.
Menceritakan semula kejadian, mangsa memberitahu, dia mula berurusan dengan ah long penghujung tahun lalu selepas lebih 10 pinjaman peribadi yang dibuat di bank tidak diluluskan.
Menurut Lina, dia mula tertarik untuk membuat pinjaman dengan ceti haram itu selepas melihat satu iklan di rumahnya di Setiawangsa.
“Selepas menghubungi seorang lelaki bernama Lee untuk membuat pinjaman sebanyak RM5,000, dia kemudian meminta saya menunggu panggilan daripada rakannya bagi membantu saya mendapatkan pinjaman tersebut,” katanya di Wisma MCA semalam.
Beberapa hari kemudian, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ah Seng menghubunginya dan meminta dia memasukkan wang duti setem sebanyak RM1,000 ke dalam satu akaun. more....
No2umnO - Kenapa tak jumpa UMNO?
Apr 5, 2008
Ditipu ah long ... jumpa MCA
Labels: Samseng Ah Long
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
perangai ah long lebih kurang sama je dengan perangai UMNO = samseng, penipu, zalim dll.
Post a Comment