KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 5, 2008

PROJEK PEMBAZIRAN DI PERAI

Gerai MPSP didapati terbiar dan rosak

Harakahdaily - 180 buah gerai milik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) dikenal pasti terbiar dan tidak pernah beroperasi walaupun sudah siap sepenuhnya.

Gerai yang melibatkan kos jutaan ringgit sehingga kini dipenuhi semak samun, menjadi tempat longgokan sampah sarap, kediaman pengemis atau tempat penagih dadah berkhayal setiap malam.

Jika adapun tidak sampai 15 orang peniaga yang menjalankan perniagaan di situ tanpa membayar apa-apa sewaan pada MPSP seperti lazimnya.

Antara faktor yang paling ketara kenapa gerai makanan itu tidak dapat beroperasi ialah kedudukanya yang tidak strategik, keterbelakang dan tersorok seolah pembinaanya sekadar projek 'asal buat' untuk kepentingan kroni sahaja.

Tinjauan Harakahdaily bersama Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri, Saiful Lizan Mohd Yusuf dan aktivis masyarakat, Sharuddin Ali ke beberapa lokasi kebanyakanya di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapati, rata-rata kemudahan asal seperti wayar elektrik, paip air, cermin dan sebagainya telah dicuri.

Ada di antara gerai berkenaan dibina 18 tahun lalu seperti di Lorong Perusahaan Sungai Lokan sebanyak 16 buah. Di lorong Mak Mandin 5/3 sebanyak 16, gerai perusahaan ringgan di Juru 35 buah manakala di IKS Bukit Minyak 120 gerai yang hanya kelihatan tiang dan lot-lot gerai dicelahan pokok lalang dan renek yang tumbuh melata. more..

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive