Harakahdaily - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPPP) cuba mencari helah untuk memastikan program ceramah perdana Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 7 April ini dibatalkan.
Ceramah melibatkan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan timbalannya, Mohd Fairuz Khairudin pada mulanya dijadualkan di Stadium Batu Kawan terpaksa dibatal kononya ada perlawanan bola sepak.
Setelah ditukar ke Dewan Besar Sungai Dua perkara sama juga berulang kononnya Perpustakaan Negeri pula mengadakan program di situ.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Fazhil Kemi ketika dihubungi berkata, sehingga hari ini tempat berlangsung ceramah masih dicari.
Harakahdaily cuba dapatkan maklumat mengenai alasan yang MPPP gunakan seperti ada perlawanan bola sepak dan Perpustakaan Negeri menggunakannya. Ternyata ia hanya rekaan pegawai terbabit sahaja untuk menghalang program daripada diadakan.
Sepatutnya menurut Fazhil, MPSP menerima sahaja permohonan PAS untuk mengadakan program besar itu kerana penganjur sanggup membayar sewaan.
"Nampak gayanya MPPP cuba halang program yang bakal diatur dengan memberikan alasan yang kurang bijak, " ujarnya.
Apr 5, 2008
MPSP cari helah halang ceramah Pakatan Rakyat
Labels: Penang Politics
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment