KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

Keputusan Permohonan MP Kapar Untuk Gugurkan Saman Fitnah RM10 Juta Pada 30 April

Bernama - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 30 April bagi keputusan permohonan anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam untuk menggugurkan saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh bekas Ketua Polis Daerah Sentul ACP K. Kumaran mengenai laporan berita kematian aktres K. Sujatha.

http://www.indianmalaysian.com/image/sujatha2.jpg

Timbalan Pendaftar Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Pada 4 Sept, 2007, Manikavasagam memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan saman difailkan oleh Kumaran, menyatakan ia semberono, menyakitkan hati dan mencabuli proses mahkamah.

Dalam afidavit sokongannya, beliau mendakwa Kumaran tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan itu.

Dalam permohonannya, Manikavasagam mendakwa Kumaran telah melanggar peraturan sebagai seorang kakitangan awam seperti ditetapkan dalam Ketenteraman Awan dan Akta Polis.

Refer to article: Police probing foul play in actress’ death

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive