KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

Perak Batal Kelulusan Tanah Kepada Parti Komponen BN

bernama - Kerajaan negeri Perak membatalkan kelulusan tanah bernilai tinggi seluas 2.29 ekar yang telah diberikan kepada sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas mendapati terdapat unsur penganiayaan dan kejanggalan dalam kelulusan tanah berkenaan.

Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kelulusan yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini berunsur penganiayaan kerana tanah berkenaan telah didiami sejak 1953 oleh sebuah pengusaha kilang kicap yang telah lama membuat permohonan ke atas tanah berkenaan.

"Tanah seluas 2.29 ekar di Pasir Pinji (Ipoh) telah digunakan oleh sebuah kilang kicap sejak sebelum merdeka, malangnya sebuah parti politik telah membuat permohonan baru-baru ini dan mendapat kelulusan...ini satu penganiayaan kepada pengusaha kilang yang menduduki lama," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.

Nizar berkata kerajaan negeri akan meminta pengusaha berkenaan mengemukakan permohonan semula melalui Pejabat Tanah dan Galian dan permohonan itu akan diproses bagi kelulusan.

"Sudah jelas pengusaha sudah lama menduduki (tanah) dan kerajaan negeri menyiasat kes itu selepas menerima aduan rasmi...didapati banyak kejanggalan yang perlu diperbetulkan dan ada unsur penganiayaan, jadi kita batalkan kelulusan yang diberikan (kepada parti politik)," katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive