KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

Pemimpin KeADILan Disiasat Polis

010283116.jpg


KeADILan

Kuala Lumpur, 15 April - Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga lagi pemimpin KeADILan disiasat polis berhubung perhimpunan Black 14 yang diadakan pada malam 14 April lalu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Sekumpulan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tiba di kediaman Presiden KeADILan di Bukit Segambut seawal jam 6 pagi lagi bagi menyerahkan notis untuk hadir memberi keterangan.

Walaubagaimanapun apabila pihak polis dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang tidak berada di kediamannya pada pagi itu, beliau diminta untuk tampil ke Balai Polis Dang Wangi pada jam 3 petang kemudiannya.

Notis dibawah seksyen 111 (1) kanun Prosedur Jenayah menyatakan keempat-empat pemimpin KeADILan itu disiasat dibawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 149 Kanun Keseksaan Kes Perhimpunan. Notis ditandatangani oleh Pegawai Siasatan Jenayah Dang Wangi, Assisten Superintenden Ananthan Rajoo.

Notis yang sama turut diserahkan kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim serta setiausaha sulit beliau Yahya Sahri, di kediaman Khalid Ibrahim di Bukit Damansara semasa beliau sedang mengadakan mesyuarat bersama pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri Besar. Manakala Naib Presiden KeADILan Azmin Ali turut diberi notis hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan polis mendakwa perhimpunan di padang bersejarah itu adalah perhimpunan ‘haram’ dan tidak mempunyai permit polis. Pada malam 14 April, lebih 20,000 manusia berhimpun di Padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menyambut hari pembebasan Anwar Ibrahim dari kekangan politik.

Tanda solidariti itu diperkukuhkan lagi apabila hampir 20,000 lagi manusia disekat polis di sekitar perimeter kelab bersejarah itu yang pernah menyaksikan kebangkitan gerakan menuntut kemerdekaan 1949. Lebih 300 polis berkawal termasuk 10 trak FRU dan meriam air

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive