harakahdaily - Menurutnya, Azmin Ali sudah dibawa polis ke untuk siasatan di Balai Polis Dang Wangi, manakala polis dilaporkan sedang menghantar notis yang sama kepada Wan Azizah dan Khalid pagi ini.
Mereka berdua dipercayai dikehendaki hadir atau akan dibawa ke balai yang sama untuk siasatan.
Di sebalik kawalan ketat polis, perhimpunan malam tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Tindakan polis ini dibuat berikutan kejayaan besar KeADILan menghimpunkan lebih 20 ribu rakyat untuk meraikan tarikh pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berakhir semalam.
Dengan pembebasan ini bermakna Anwar yang juga pemimpin utama Pakatan Rakyat boleh bertanding dalam pilihan raya kecil pada bila-bila masa kekosongan berlaku.
Sementara itu berikutan notis polis kepada tiga pemimpin utamanya, KeADILan akan mengadakan sidang akhbar tergemparnya di pejabat Anwar di Seksyen 14 Petaling Jaya jam 11 pagi hari ini. more...
USAHA PMX DAN DATO ZAHID
5 minutes ago
0 comments:
Post a Comment