Radenjowo
Bimbang sungguh UMNO. hari hari di gertak dengan berita yang menakutkan dari PR yang mengatakan bahawa adanya usaha lompat parti oleh adun adun Barisan Nasional. Semuanya sedang mendengar berita dengan penuh teliti. Ada pulak yang sedang menyedapkan hati dengan usikan berita angin. Biar sejuk dan boleh berfikir dengan waras. Ada pulak yang dikejutkan dengan sms sms yang sebegitu, membuat pemimpin BN tak senang duduk. Mandi tak jirus air dan berak tak lawas. [Nazri terkejut terima SMS khabar angin]
Lompat parti ni biasa lah.. dari dulu lagi sudah ada usaha lompat parti. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tanya Ibrahim ali. Pakar dalam lompat melompat. Baru menang dan menjadi Ahli Parlimen, sudah ada cerita pasal lompat parti. [Ibrahim Ali - what party next?] Kalau ditakdirkan menjadi katak, mungkin Ibrahim Ali boleh dikategorikan katak yang mampu lompat jauh dan bukan katak puru yang kerjanya asyik di celah tempayan, kulit pun menggerutu.
Manusia ni penuh dengan naluri. Nafsu tu mainan manusia. [lelaki kahwin lagi] Kalau tak der nafsu, baik jadi ayam. Ayam dia tak der selera berbeza. Di beri kan dedak, dia belasah dedah. Kalau di beri kan pisang, pun dia patuk. Dalam parti, kena lain. Mesti ada naluri sebagai manusia.
Ibarat menjadi suami isteri. Disuruh bertudung, tidak mahu bertudung. Disuruh sembahyang tidak mahu sembahyang dan disuruh bangun pagi, sampai sekarang suami kena pergi gerai beli nasi lemak. Bila beras naik harga, suami pun pening kepala. [MENGIMPIKAN ISTERI SOLEHAH...]
Bukan nak ajar, tapi pandai pandai lah lompat. Lompat mengajar. Kalau tak lompat isteri tak tahu betapa kita sayang kat dia. Kita mahu dia berubah. Kalau pulang rumah dengan gaya serebeh, berkemban dan sugul. Ada pulak jiran tukan carikan uban dan kutu. Elok sangat la tu. Tak payah tengok isteri. Letakkan barang, keluar semula jumpa kawan. Bila malam dah gelap baru pulang. Tak terkejut dengan rupa isteri yang selekeh.
Nak bagi isteri baik, kena cari kan pembantu. Kita cari pembantu dari Filipina, kulit putih melepak, aktif dan gaya yang mengiurkan. [Pembantu Rumah VS Majikan] Mana tahu, esok isteri kita dah pandai berdandan. Bangun pun pagi, ikut cara suami. Lihat sebelah katil sudah tiada, bergegas bangun takut suami sembang dengan pembantu rumah. Kalau isteri dah berubah, tak payah pakai pembantu lagi.
Panjangnya cerita aku ni....cuma nasihat aku, kalau isteri dah tak mahu berubah, lompat isteri. Kalau Parti tak nak berubah, lompat parti. Kalau tidak mahu lompat isteri atau parti, kalian lompat ke perigi. Kalau manusia ada naluri untuk cari isteri baru, kenapa tidak lompat parti?
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment