buletinonline - [..] Sehingga kini, projek tersebut sebagaimana yang tertera di papan tanda (sign board) kerja yang diletakkan, projek tersebut tiada tarikh mula dan tiada tarikh siap.
Adakah ia bermakna projek tersebut akan berpanjangan dan tidak akan berhenti? Sejak dimulakan sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 2002, projek tersebut telah disambung kali kedua apabila BN mengambil alih pemerintahan pada tahun 2005 dan sehingga kini dikatakan disambung lagi bagi kali ketiga.
Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru lalu, ADUN Wakaf Mempelam, YB Mohd Abdul Wahid Endut (Wahid) telah menanyakan soalan lisan berkenaan projek Benteng Pemecah Ombak tersebut. Kemudian ia diikuti soalan tambahan oleh YB ADUN Ladang, Dato Tengku Hasan Tengku Omar (Dato’ Ku).
Semasa sesi soal jawab, telah berlaku pertikaman lidah diantara Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, YB Yahaya Khatib Mohamad (Exco) dengan wakil-wakil PAS. Walaupun beberapa rahsia tentang projek tersebut akhirnya diketahui umum, namun ada perkara yang masih dirahsiakan oleh pihak kerajaan Negeri Terengganu
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment