KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 12, 2008

Anwar tidak tolak kemungkinan BN pilih langkah terdesak bubar Parlimen

suarakeadilan - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan BN akan mengambil langkah terdesak membubarkan parlimen bagi mengahalang pembentukan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat.

Beliau berkata kemungkinan itu tidak boleh diketepikan jika kerajaan BN sekarang berasa terdesak menghalang daripada berlakunya pertukaran kerajaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan BN nak memilih pilihanraya semula dan mudah-mudahan ia tidak di bawah Suruhanjaya Pilihanraya yang sedia ada.

Saya yakin kalau diadakan suruhanjaya pilihanraya semula, BN akan menyaksikan kekalahan yang cukup parah”, katanya kepada pemberita di sidang media di pejabatnya petang tadi.

Beliau juga menegaskan bahawa buat masa ini biarlah pimpinan Umno buat spekulasi masing-masing dan Pakatan rakyat akan mengambil langkah pada masa yang sesuai mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau juga dengan nada yang sinis menyatakan, masanya ialah apabila keadaan Umno dan BN sudah reda kerana ketika ini, mereka sedang panik menghidupkan sentimen perkauman serta isu ketuanan Melayu.

“Biarlah mereka teruskan perbahasan itu yang saya anggap sudah lapuk dan kami kemudian akan menimbang pilihan yang sedia ada untuk mengorak langkah kerana dalam mana-mana langkah yang wajar kita harus mengambil kira waktu yang sesuai “. ujarnya lagi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive