albanjari - [...] Beliau juga menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai "menipu rakyat" apabila sering mendabik dada dan mengingatkan rakyat betapa pada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan, tidak pernah ada kenaikan harga petrol.
"Dia lupa nak bagi tahu, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, harga minyak mentah di pasaran dunia hanya antara AS$12 dan AS$26 setong. Hari ini harga pasaran dunia sudah melepasi AS$120 setong. Apa yang susah sangat pada zaman beliau?" katanya.
Khairy berkata, beliau tidak memberi laluan kepada anggota lain untuk mencelah kerana masa yang diperuntukkan untuk berbahas adalah singkat.
Ini menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan beberapa anggota Parlimen lain mengemukakan Aturan Mesyuarat 31(b), yang menyentuh mengenai hak anggota parlimen untuk memberi penjelasan, 36(4) penggunaan bahasa tidak sopan, dan 36 (10) penggunaan perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan bermusuhan di antara kaum.
Zulkifli Noordin (PKR-KulimBandar Baharu) malah bangun dan berkata: "Kalau takut, jangan jadi ahli Parlimen. Baik pasang tape (perakam) sahaja".
Khairy juga sebelum itu memberi singkatan nama PKR kepada Projek Khinzir Raksasa yang membuat beberapa anggota termasuk N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) bangun meminta penjelasan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment