pelapismuda - [...]
Sekali lagi rakyat telah dikecewakan. Kita akur dengan keputusan tersebut tetapi kekecewaan di sini bukan ke atas keputusan itu tetapi kecewa dengan pemimpin-pemimpin yang terlibat di dalam proses tuntutan tersebut. Mereka gagal menghalusi dan meneliti fakta-fakta secara jelas untuk memikirkan implikasi keputusan. Pemimpin hari ini hanya bijak membazirkan masa rakyat, bijak menghabiskan duit rakyat dan bijak bersandiwara dengan rakyat.
Apa yang saya fahami dan dapati bahawa keputusan penghujahan di pihak Singapura yang membuat tuntutan bersama dengan Malaysia ke atas kedaulatan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) itu sudah jelas, nyata dan cukup kuat untuk berpihak kepada mereka dan mereka lebih berhak berdasarkan segala bukti surat yang pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor sejak dahulu lagi yang menyatakan bahawa Johor tidak pernah menuntut hak kedaulatan ke atas pulau itu.
Surat itu sudah boleh dilihat sebagai "satu perakuan" yang pernah dibuat oleh kerajaan Johor. Termasuklah juga fakta-fakta lain yang dihujahkan Singapura yang tidak perlu diulangbicara di sini. Kenapa bijak pandai yang terlibat di dalam isu tuntutan ini masih cuba mahu menjadi "pahlawan bodoh" yang hanya mampu ditertawakan oleh dunia luar? Apakah benar Malaysia mempunyai "hujah-hujah konkrit" sepertimana yang pernah disebutkan sebelum ini atau hanya sengaja digembar-gemburkan sahaja? Jika benar kita ada hujah-hujah yang cukup konkrit itu, kenapa kalah perbicaraan?
Di mana semua pemimpin-pemimpin hebat daripada Johor? Di mana Hishammuddin yang berkelulusan undang-undang dan memegang jawatan Menteri Pelajaran? Kenapa anak kelahiran Johor ini tidak membantu menyalurkan maklumat lengkap sebelum pergi berlawan atau sememangnya tidak mengetahui sejarah sebenar? Sungguh memalukan rakyat Malaysia. Apa pula pandangan Peguam Negara yang bersungguh-sungguh berhujah? Atau Peguam Negara juga turut diperalatkan?... selanjutnya.
May 24, 2008
Hasil Berfikir Dengan Kepala Lutut
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kita bukan nyer terima keputusan yg dibuat.....tp terpaksa menerima keputusan yg dibuat...!!!!!
seperti yg dirancang.......
persoalannya disini.....
adakah kita kalah kerana kurang hujah....?????
adakah kita kalah disebabkan kredibeliti wakil kita....??????
atau adakah kita kalah disebabkan pulau tersebutt mmg telah dijuall..?????!!!!!
kesan nyer secara tak langsong pada peta dunia Rasmi....!!!!
Hanya berfikir dengan kepala lutut je yg menjawab pulau terebut hak milik singapura......
ada den perhatikan.......
pengkomen bernama No2Anwar.....
itu lagi budak lahabau ngan budak biol takder otak lagi baghalll..!!!!!
apa dia taksedarkah kesah batu putihh niii.......
dia kelihatan marah tp dok sokong si che det tuu.....
apa dia tak tau kee.....yg kes batu putih ni sejak zaman situa tu lagii...??????
dan hanya jd hak org jatuh pada zaman si Lah........
si Det tu mmg bukan men baik lg ngan singapura....termasuk kes jembatan dulu tuu.......jgn ko tak tau........wahai si no2Anwar hooiii.....BaghAL..!!!!!
si Det tu kawan dia mmg yg bukan2.....stok yg setan2.....yg tak boleh terima pakai pon.....
tambah lagi suhartoo.....yg dh tentu2 rakyat dia herdik......
si Det pon bakal cm tu le gamak nyer.......
tp tengok la dlu......klo hakim dia yg lama ke yg baru.....
klo yg skarang nii......
maka buat hilang bukti je lah......
semua yg tak betol menang......
semua yg salah jd betol.......
ceriter pasal bela bangsa......
sempadan kita jd kecil......
cmner nelayan kita nak keluar..????
nelayan banyak bangsa pa...????melayu lah beb...!!!!!!
tak terbela pon aku tengokkk.....
so....apa yg terbela...?????
poket depa je laaa..........
UmNo Zaman sial..........
Post a Comment