msomelayu - [...] Sementara di dalam Dewan pula terpamir karektor ahli Parlimen dengan berbagai lagak dan aksi. Ada macam kera baru mendapat bunga dan ada yang macam kera mendapat bunga yang sudah lama layu dan busuk. Tersengen-sengen.
Aksi ini boleh dilihat apabila sesekali kamera (CCTV) menghala kepada wajah mereka ada yang mengorek hidung, garut janggut dan juga cungkil gigi kemudian menciumnya! Yang lebih teruk korek lubang hidung atau lubang telinga sampai ternyenyak.
Di dalam dewan pula semuanya cuba menarik perhatian dan nak menunjukkan belang bagi mengsahihkan kehadiran masing-masing.
Paling nyata ialah semasa perbahasan. Masing-masing cuba membangkitkan isu kononnya untuk kepentingan rakyat. Tidak kurang juga cuba mengenengahkan isu yang menjadi perhatian media agar muka mereka keluar surat khabar dan disuluh oleh kamera tv. Sayangnya isu yang dibangkitkan sudah basi dan tidak menggambarkan ketinggian akal budi dan mental politik.
Macam mana mereka nak mendapat man of the year.
Ada yang diberi peluang berucap pula terloncat-loncat macam beruk kena belacan. Dengan tangan dimasukkan ke dalam seluar lagak macam anaku Sazali bercakap dengan kawan-kawannya yang merancang nak pergi menyamun kedai emas. Langsung tidak menunjukkan kesopanan dan adat susila sebagai orang Melayu. Kalau mereka Cina dan India tidak mengapa sebab mereka kurang arif dengan tatabudaya Melayu, tetapi mereka ini orang Melayu!selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 14, 2008
Mukhriz Jangan Panjangkan Lidah Bapa ke Parlimen!
Labels: Mukhriz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment