KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

Reformasi .... siapa punya?

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/04/reformasi.jpgRadenjowo
Kalau merujuk kepada perjuangan Keadilan pada tahun 1999, mereka lebih kepada usaha reformasi yang berlandaskan kepada pembebasan rakyat dari kuasa diktator Barisan Nasional. Kerana muaknya rakyat dengan Kerajaan tersebut, maka pada pilihanraya ke 12, mac lalu, kejayaan parti Pakatan Rakyat telah tercapai. Namun bukan semua menjadi milik pembangkang kerana pada saat akhir tempoh berkempen, dakwat jari telah di batalkan penggunaannya. Semua ini dilakukan untuk BN terus kekal berkuasa. Dan kini beberapa negeri telah jatuh ke tangan PR sementara kerajaan Pusat masih di kawal selia oleh Kerajaan BN. Bukan mudah, ada perkara perkara yang masih menjadi halangan. Perjuangan masih panjang.

Adun dan Ahli Parlimen lantikan Keadilan kebanyakannya adalah calun lompat. Ramai antara mereka bukan lah wakil tempatan. Kesukaran ketika itu adalah kerana kurangnya pembabitan rakyat tempatan yang mempunyai kelulusan dan layak menjadi pemimpin. Itu lah politik sekarang.

Kerana masa, maka semua di cekau guna jari dan pantang ada lompang, ia nya perlu diisi. Utara turun ke Selatan, Tengah naik ke Utara, Barat lari ke Timur dan pencalunan pun berjaya dibuat.

Jika kalah, tiada lah isu besar yang timbul. Tetapi tanpa di duga, banyak kerusi kerusi di menangi Pakatan Rakyat. Terima kaseh kepada UMNO kerana gagal mengekalkan kepercayaan rakyat pada mereka. Banyak isu yang menjadikan rakyat terlalu benci dan akhinya BN di tolak.

Pucuk sudah kelihatan tapi akarnya tidak mencengkam. Begitu lah yang berlaku pada Keadilan. Kejutan kemenangan telah melupakan seketika tentang tujuan pilihanraya diadakan dan kerana terkejut itu juga Selangor seperti terkapai kapai tidak tahu kemana harus di tuju dan tidak tahu dimana harus dimulakan dulu.

Menurut teman yang hadir di dalam mesyuarat Bahagian di Selangor mendapati, ramai ahli asal Keadilan yang berjuang bersama reformasi dulu, telah pun meninggalkan Keadilan. Bibit bibit perebutan kuasa mungkin dan sedang berlaku di dalam Bahagian Bahagian. Kelihatan beberapa individu yang perasan dirinya berjasa dan meminta balasan dari Ketua Bahagian.

Di dalam dewan semua bercampur, lama, baru dan ada jugak yang cuba menjadi baru, sebagai ahli.

Ada juga orang lama yang tidak ambil kisah dan masih dengan perjuangan reformasi. Tidak mengejar pangkat dan masih terus berdiam diri. Melihat lihat perkembangan yang berlaku dari peringkat cawangan ke bahagian. Kerisauan jelas kelihatan apabila menyedari bahawa perjalanan terlalu perlahan sedangkan rakyat menanti kan perubahan.

Yang menariknya, ada antara orang lama yang bimbang dengan kemasukan ahli baru. Menurut mereka ada usaha MCA dan parti komponen BN yang lain cuba untuk menyerap dan menubuhkan cawangan Keadilan di tempat tempat tertentu. Kerisauan ini membuatkan mereka sentiasa di dalam ketakutan dan berjaga jaga. Yang tambah menariknya, mereka mereka ini bukan dari pucuk pempinan dan tidak dikenali pun. Gaya seperti pahlawan kuntaw tapi rasanya ketika reformasi dulu, wajah pun tak kelihatan. Kalau ada yang mengekori, mungkin kita boleh tahu kemana mereka pergi. berkejaran di ibukota atau lebih kepada perniagaan.

Ada pula ahli lama yang LARANG serah borang kosong keahlian. Ada pula yang mengenakan pelbagai syarat untuk menyertai Keadilan. Keadaan ini menjadikan Keadilan sukar untuk bergerak di dalam Selangor. Di dalam PAS menggalakkan semua orang menyertai dan tidak kira dari parti mana, Keadilan di dalam terumbang ambing dengan perkara yang bukan bukan. Kerana itulah maka banyak isu di dalam menyuarat di bangkit kan sedangkan ia tidak berkaitan menjadikan mensyuarat Bahagian berlanjutan sehingga sampai ke 3 jam.

Walaupun sudah ditegah untuk tidak mendiskriminasikan sesiapa dalam menyertai Keadilan, namun kebimbangan hilang jawatan telah menyelubungi peringkat bawahan sehingga sukar benar ianya untuk menjadi lebih maju.

Kerana itu sekarang, Keadilan di dalam laungan reformasinya, sebenarnya mereka keletihan dengan isu isu yang remeh temeh sehingga bergerak perlahan dan ketinggalan. Beberapa persoalan yang timbul di dalam kepala. Adakah reformasi dahulu benar benar oleh ahli keadilan atau di bantu oleh parti lain? Baik pada tahun 1999 dan selepas itu. Namun sehingga sekarang, bila cerita tentang Reformasi, ahli Keadilan berkata, itu mereka yang punya dan mereka lah yang bereformasi.

Apa yang boleh dibuat kesimpulan, REFORMASI bukan lah milik Keadilan semata mata. Reformasi adalah milik semua orang. Tujuan sebenar adalah untuk menjatuhkan kepimpinan Barisan Nasional dan ini adalah hak semua orang yang mahukan reformasi berlaku. Tak kira dari PAS, DAP, Keadilan mahupun dari UMNO dan BN sendiri. So ..... kalau kita kaji, kenapa reformasi mendapat sambutan? Kita akan kata ianya adalah usaha bersama dan kalau hendak diselidik dari setiap kertas undi, yang tolak BN bukan lah Keadilan sahaja malah semua orang. Kenapa sukar benar untuk menjadi ahli Keadilan sedangkan tujuan kekukuhan parti terletak pada perkara pokok, keahlian.

Pada yang berada di dalam Keadilan, buka lah pintu agar semua orang boleh turut membantu. Kalau boleh hidup sendiri, maka letakkan sahaja notis "Keahlian sudah cukup dan ianya ditutup" Mudah kan? Tak payah nak panjang cerita. Buang masa dan membazir bill elektrik kerana mesyuarat berjela jela, tapi masalah tak selesai.

Sukar nya rakyat nak bantu kerana ada segelintir apek apek dan mamat mamat yang kekang perjalanan menjadi lancar. Berpolitik di peringkat bawahan kalahkan pemimpin besar. Cakap lebih, buat kerja kurang, tapi nak habuan.

Weyyyyy.... kalau betul betul hebat, tunjuk pada kerja dan bukan pada kata. Cakap semua orang boleh cakap, buat kerja belum tentu lagi. Kalau nak layan orang seperti ini, rasanya buang masa kerana mereka mereka ini lah menyebabkan kerja terbengkalai. Kepada pemimpin pemimpin Bahagian. Kamu layan, masa terbuang, lupa kan soal remeh temeh dan teruskan perjuangan. Masih ramai diluar sana yang mahu menjadi ahli dari layan manusia seperti ini.

Kalau di fikir fikirkan, seronok lagi ketika reformasi. Perjuangan ketika itu adalah sama, untuk reformasi dan kejayaan pada waktu itu adalah melarikan diri dari pihak berkuasa. Ingat.....Pakatan Rakyat menang 5 negeri sahaja. Kalau kalian leka ..... yang dikejar tak dapat yang di kendong keciciran

5 comments:

Anonymous said...

Betullah wak.

dulu aku masih ingat time 1999, time tu aku study lagi kat UM.

kat jalan Masjid India ada kaunter pendaftaran. Time aku nak daftar... dia nasihat kan jangan sebab aku masih study takut kene AUKU.

So, aku terima ...

tapi sekarang ni,... aku tengok tak ada pon PKR buka keahlian.

Sepatutnya,.. buka la kaunter pendaftaran. Ni la masanya.

Tapi... abgi aku,.. tak payah berdaftar pon tak pe. Aku sokong dari belakang ajer lah.

tak semestinya kene berdaftar baru boleh bicara politik yg kita sokong.

-bard-
www.sinarpru13.blogspot.com/

Anonymous said...

wak,

gerakan REFORMASI 1999 yang berasaskan batang tubuh DSAI adalah satu perjuangan usang dan sia-sia dan lebih berupa peng-idola-an terhadap seorang poliTikus yg tersepit dicelah-celah rongga fahaman hedonisme dan analisme.

DSAI memperalatkan rakyat yg gullible dan simpleton, yg hanya mampu bereaksi tanpa berfikir panjang dan mendalam setiap permasalahan. orang melayu lah yang mudah menjadi kayu api untuk DSAI bakar semangat untuk nyalakan agenda dan cecita politiknya.

Anonymous said...

Setuju wak, aku kena kejar disimbah air semua, tapi aku gi pejabat keadilan, banyak lah songeh diorang ni. Tanya macam macam. yang best nya mintak borang pun diorang tak ada lagi. Huhuhu sedih nya aku.

Anonymous said...

yes2u: jelas dr komentar kamu adlh pro kerajaan bn. hujah yg di beri jg tak kukuh. kalau anwar (PR) memperalatkn rakyat, umno patut di panggil apa?
anwar lahir dr hegemoni diktator mahathir.
malaysia mmg harus bertukar pemerintahan. supaya kemakmuran rakyat lebih terjamin. apa yg sia-sia kalo perjuangan anwar membawa perubahan kearah kebaikan. kelak membawa untung utk kamu jg. dia jg asalnya umno, dan kalo reformasi pemerintahan itu berhasil. tak mustahil dia akan sertai umno semula spt yg terjadi kpd semangat 46.
reformasi itu bukan utk individu. ianya tercipta dr aspirasi rakyat. reformasi takkan dapat di halang! dgn apa cara sekalipun. karna rakyat berhak menentukan masa depan mereka sndr. tunggu saja waktunya pasti hadir.

Anonymous said...

hakem,

aku bukan pro-BN dan tidak aku suka pada pemimpin UMNO yg hanya tahu nak makan komisen [baca, cenderahati & sumbangan politik] dari penat lelah kontraktor dan usahawan mcm aku ni.

tapi aku lagi tak suka DSAI yg memang sah kaki kelentong. aku ingat lagi dulu, projek DSAI yg jual sebatang screw dgn harga RM80, kontra sebagai sumbangan politik -- itulah DSAI sebenarnya! satu lagi produk perasuahan politik in-circle UMNO.

Pak Lah trus terang cakap pada mentri, ambil 10% dari setiap projek yg lolos. politik melayu, kiri-kanan atas-bawah penuh dgn rasuah.

tapi apa-apa pun, bahaya besar pada ekonomi negara kalau org macam DSAI jadi pemimpin sbb dia ni tak pandai, belajar kat UM pun dlm Pengajian Melayu ... dia pandai berlakon saja. sebab tu hal ekonomi dia berkiblat kat penasihat dia di US. boleh tergadai bontot-malaysia kalau DSAI jadi PM

nak tau lebih2 .. ko pegi www.no2anwar.blogspot.com - ada satu buku dan satu link DSAI-Yahudi utk baca dan renungkan.

:) YES2U & YES2ME

Posting terkini

Blog Archive