KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

"Pemberontakan" Sabahan Bakal Bermula?

atranungkite - [...] Rakyat Sabahan sekalian, politik Sabah bakal mengalami gelombang Tsunami ke-2 ekoran dari “cakap-cakap” pemimpin veteran Sabah, tindak-tanduk pemimpin kita yang “pelik” pada persidangan dewan parlimen dan info sulit yang saya perolehi dari maklumat “dalaman” beberapa parti politik di Sabah. Pemimpin-pemimpin Sabah bakal “memberontak” kerana cukup merasa tersisih dari arus perdana medan politik Negara apatah lagi Sabah dan Sarawak memegang “anak kunci” kepada ketuanan mutlak Melayu UMNO. Hati-hatilah kamu BN!

Tidak salah jika saya katakan 1 undi Sabahan atau Sarawakian lebih penting dari 100 undi saudara kita di Semenanjung Malaysia di dalam konteks hidup mati parti “baru” UMNO. Ya, ini bukan parti UMNO yang digagaskan oleh Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil dan Dato Hamzah Abdullah pada 1946 tetapi parti baru yang mengguna-pakai nama UMNO semula yang didaftarkan pada 1988 berdasarkan corak pemikiran pemilik Chedet.com blog.

Inilah masa dan ketikanya pemimpin-pemimpin Sabah mempertaruhkan karier politik serta prinsip perjuangan mereka yang “kotor” selama ini demi kepentingan bersama di masa akan datang. Jatuh bangun mereka selepas ini akan menetukan hala tuju negeri Sabah seterusnya sama ada masih lagi ingin menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia walhal Sabah lebih kaya dari Selangor, lebih kaya dari Terengganu malah jauh lebih kaya dari Kelantan ataupun mahu membangun seiring sejalan dengan pembangunan pesat seperti di Semenanjung Malaysia.

Realitinya Malaysia tidak mampu berdiri se-gah negara-negara membangun yang lain jika bukan kerana sumbangan Trillion Ringgit royalti minyak dari Sabah, Sarawak dan Terengganu selama berpuluh tahun selama ini apatah lagi berbangga dengan pencapaian ekonomi negara yang hanya sekadar meminjam bank minyak Sabah, Sarawak ataupun Terengganu.

Bukan sahaja pinjaman tersebut di”lupa”kan atau di”abai”kan malah isu-isu untuk menaikkan peratus royalti sering dipermainkan oleh pemain-pemain terkenal di dalam gelanggang politik negara. Aiiii takkan duit sendiri pun mahu dikawal oleh orang lain kan! Woiiiiii sedarlah sikit BN, lu guna duit gue lah….duit gue sejak zaman nenek moyang gue lagi. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive