KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 14, 2008

PENJUALAN LADANG SAWIT KEPADA BUKAN BUMIPUTERA

mtdpulautawar - UMNO Pahang semakin bergolak, terbaru semalam bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang Dato’ Ahmad Tajuddin Sulaiman yang meletakkan jawatan itu baru-baru ini telah mendedahkan penyelewengan yang berlaku atas penjualan ladang sawit milik UMNO kepada bukan Bumiputera. Pendedahan yang dibuat oleh Ketua UMNO Paya Besar itu membabitkan kawasan ladang sawit milik UMNO Pahang seluas lebih 1000 hektar dengan keuntungan mencecah RM600 juta. Akibat penjualan ladang itu, menyebabkan rata-rata pekerja ladang penduduk tempatan terutamanya di sekitar Kg. Paya Rambutan kini terpaksa berputih mata apabila pemilik baru ladang berkenaan mengambil pekerja asing yang lebih murah untuk bekerja sebagai buruh diladang berkenaan.

Perkara ini didedahkan dalam buletin 7.30 di TV3 pagi tadi. Menurut beberapa orang penduduk yang juga pemimpin UMNO tempatan, perkara ini telah beberapa kali dirujuk kepada pihak UMNO pusat. Namun segala laporan diendahkan oleh pihak berkenaan, mungkin juga mereka turut menerima habuan atas penjualan ladang berkenaan.

Sikap tutup mata pemimpin UMNO Pahang terutamannya Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob amatlah mengecewakan semua pihak terutamanya UMNO Bahagian Paya Besar. Menurut penduduk di kawasan berkenaan, sebelum ini pihak UMNO telah berjanji untuk menjualkan ladang tersebut kepada Yayasan Pahang. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka bukan sahaja menipu rakyat, malahan sanggup bersekongkol dengan menjual ladang berkenaan kepada bukan Bumiputra, sedangkan dalam masa yang sama mereka mengatakan parti pembangkang bekerjasama dan lebih mengutamakan kaum lain dari Melayu.

Ahmad Tajuddin mahukan perkara ini disiasat kerana kemungkinan besar ada pihak yang mendapat keuntungan lumayan atas penjualan harta UMNO itu. Kita menantikan komen daripada MB Pahang atas pendedahan berani TV3 ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

2 comments:

Anonymous said...

hehehe......

mmg la umno pusat tak ambik pedulikkk......

klo dia ambik pedulik....
tak bela bangsa la cm tuu.....

dia kene abaikan segala salah laku dan penyelewengan penjualan HAK..........

barulah bela bangsa.....

tak gituu..????

hakhakhak......

Anonymous said...

klo tunggu komen dia.....
jawabnyer....mesti dia kate.....

inilah bukti kita bela bangsa melayu..!!!!!

hakhakhak......
hakhakhak.....
hakhakhak.....melayu kne tipu lagi.....
hakakhak......kne tipu lagii.....

Posting terkini

Blog Archive