Zaid (kanan) menyerahkan bayaran ex-gratia kepada Hamzah di Kuala Lumpur hari ini.
3 hakim terima ex-gratia, Zaid enggan umum amaun
MStar - Menyentuh tentang jumlah amaun yang diberikan kepada setiap seorangnya, Zaid enggan menyatakannya kerana bimbang timbul isu lain.
"Amaun bukan persoalannya. Biarlah jumlah yang diberikan hanya diketahui antara kami sahaja. Kami sudah berbincang dengan hakim sekeluarga dan kami rasa tidak perlulah umumkan jumlahnya.
"Kami tidak mahu nanti timbul kritikan tentang berapa amaun yang diberikan kepada setiap orang. Kami juga dah umumkan dahulu untuk tidak akan timbulkan soal amaun kerana ia tidak penting.
"Kerajaan berikan sumbangan ini sebagai tanda hormat kepada mereka dan dirasakan berpatutan serta kena pada tempatnya," jelas Zaid ketika berkunjung di rumah balu Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh di Kuala Lumpur sekitar pukul 4 petang tadi.
Sementara tiga orang bekas hakim lagi iaitu bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd. Salleh Abbas, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader akan mendapat pembayaran ex-gratia mereka tidak lama lagi.... selanjutnya.
Jun 6, 2008
1 juta ...2 juta .... 3 juta?
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment