klpos - Kerajaan Malaysia menghadapi cabaran pertama selepas ia menaikkan harga minyak semalam apabila demonstrasi jalanan diadakan di dua bandar negara itu.
Lebih banyak bantahan dijangka diadakan dalam beberapa minggu ini, dengan kemuncaknya bakal diadakan pada 12 Julai.
Semalam, sekumpulan anggota pembangkang mengadakan bantahan di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Ipoh.
Bantahan ini menambah lagi tekanan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, agar meletak jawatan.
Ia menyusuli juga prestasi hambar parti campuran Barisan Nasional (BN) pimpinan beliau dalam pilihan raya umum negara itu pada 8 Mac lalu.
Para pegawai polis rusuhan bersenjatakan belantan dan perisai berusaha keras menyuraikan perhimpunan orang ramai yang mengibarkan sepanduk dengan kata-kata seperti 'Harga petrol dinaikkan tapi gaji tidak'.
'Kesannya akan menjadi beban besar kepada rakyat, khususnya yang miskin,' kata Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Demokratik (DAP), Theresa Kok, yang menyertai perhimpunan 100 orang di Kuala Lumpur.... selanjutnya.
SESUNGGUHNYA MEROKOK ITU HARAM
2 minutes ago
0 comments:
Post a Comment