KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 6, 2008

Demonstrasi Aman Protes Minyak di Seremban

tranungkite - [...]Pagi ini tepat jam 9.00 pagi gabungan parti-parti Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan telah mengadakan satu demonstrasi aman di perkarangan Pasar Besar Seremban sebagai menunjukkan bantahan kepada kerajaan BN khususnya Pak Lah kerana telah menyusahkan dan memiskin kan lagi rakyat Malaysia dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 0.78 sen menjadi RM2.70 seliter dan juga minyak diesel naik sebanyak RM1.00 seliter menjadi harga diesel sekarang kepada RM2.58 seliter.

Seluruh pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat NS dari DAP,PAS dan PKR telah hadir dalam demonstrasi aman tersebut. DAP diwakili oleh Pengerusi DAP NS YB Loke dan juga Timbalan Pengerusi P.Guna. Pesuruhjaya PAS NS Saudara Zulkefly Mohamad Omar dan juga Ketua Pemuda PAS NS YB Taufek Ghani turut hadir. PKR dihadiri oleh Cikgu Bard Ahli Majlis Tertinggi PKR dan juga Setiausaha Perhubungan PKR NS Saudara Sabaruddin. Terdapat ramai lagi pemimpin-peminpin lain dari ketiga-tiga gabungan parti yang turut hadir bersama dalam demo aman membantah kenaikan harga minyak tersebut. Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti YB Aminuddin dan YB Chai Tong Chai turut hadir bersama.


... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive