KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 6, 2008

Fakta2 berkaitan Minyak

email: cenorxxx@yahoo.com

Minta laluan sekiranya sudi menyiarkan fakta2 yg mungkin tidak pernah disiarkan oleh media untuk dikongsi.

Saya tidak puas hati dengan perbandingan yg dibuat oleh media cetak baru2 ini yg membuat perbandingan harga minyak di Malaysia dengan negara2 Asean lain seperti Thailand dan Singapore. Termasuk komen dari PM dlm berita semalam yg mengatakan harga baru itu masih rendah berbanding negara Asean lain.

Oleh kerana mereka menggunakan hanya fakta harga, mari kita renung fakta2 dibawah, dan anda fikirlah sendiri samaada perbandingan yg diwayangkan kepada rakyat adalah rasional atau tidak.

Negara pengeluar minyak (World ranking)

  • Malaysia = 22
  • Indonesia = 20
  • Thailand = tidak tersenarai dlm 40 pengeluar utama
  • Singapore = tidak tersenarai dlm 40 pengeluar utama
  • Philipines = tidak tersenarai dlm 40 pengeluar utama
*Walaupun population Malaysia dlm dunia hanya di rank ke-42, berbanding Indonesia di rank ke-4, Malaysia antara pengeluar utama minyak.

  • Petroleum Net Exports/Imports(-) (Thousand Barrels per Day)
  • Malaysia = 202 (rank ke-23 dlm pengeksport dunia)
  • Indonesia = -145
  • Thailand = -580
  • Singapore = -825
  • Philipines = -312
*(-) bermakna import. Negara seperti Indonesia dan Thailand juga adalah producer minyak. Tetapi permintaan domestik lebih tinggi berbanding production. Hanya Malaysia yg mampu mengeksport minyak.

List of countries by GDP (PPP) per capita (World ranking)
*Benda ni gunanya untuk buat perbandingan "cost living" antara negara2.
  • Malaysia = 56
  • Indonesia = 120
  • Thailand = 81
  • Singapore = 6
  • Philipines = 122
*Cost living di Singapore jauh lebih tinggi dari Malaysia. Jadi kenapa harga minyak di Singapore harus dijadikan perbandingan?? Gaji kat sana jauh lebih tinggi.

Last skali,
Petrol price by country (US$/L)
  • Malaysia = 0.84 (new price)
  • Indonesia = 0.65
  • Thailand = 1.18
  • Singapore = 1.60
  • Philipines = 1.22

Terpulang macammana korang nak rumuskan dari fakta diatas. Saya bukan pakar pun. Cuma saya lebih suka tgk fakta berbanding ckp2 kosong. Sekadar pandangan dari saya, walaupun cost living di Malaysia lebih tinggi berbanding Indonesia dan Thailand, tetapi perlu diingat, HANYA Malaysia dari negara diatas mampu eksport minyak. Tidak adil harga minyak di negara kita dibandingkan dgn negara2 tersebut, dan nampaknya sekarang, semakin menghampiri harga minyak di negara2 ini.

Jadi timbul persoalan, adakah penjualan minyak Malaysia tidak mendatangkan keuntungan. Ramai orang kata, minyak Malaysia berkualiti tinggi. Jadi most of minyak yg Malaysia produce dieksport, kemudian Malaysia import minyak dari luar untuk keperluan negara. Maka timbul rumors mengatakan Malaysia menjual minyak pada harga yg jauh lebih rendah kerana terikat dgn perjanjian bertahun-tahun menyebabkan harga jualan masih harga lama. Sedangkan minyak yg Malaysia import dibeli dgn harga mengikut harga semasa. Jadi senang kata "Tarak untung". Bagaimanapun, saya tak dpt buktikan rumors ini. Mungkin ade sesiapa yg lebih arif boleh kongsi.

Sumber: encyclopedia website, EIA website, CIA website

Rgds,
Pembaca setia no2umno

1 comments:

Unknown said...

Saya suka para terakhir tu. Memang dengar khabar angin, waktu kemerosotan ekonomi 1997 dulu memanglah kita tak ambil duit IMF tapi Mamak Mahadir mengadap Jepun untuk pinjam duit.

Bagaimana dibayar? Dengan harga minyak tetap pada waktu itu, agaknya bawah USD30.00.

Jadi minyak naik banyak mana pun, kita hanya terkebil-kebil. Tanya PM & petronaslah kalau nak tahu.

Posting terkini

Blog Archive