Radenjowo
Ini gambar masa dolu dolu ...... Kalau masa jadi MB Selangor dulu bukan main handsome lagi. Kulit licin dan berseri. Rambut putih tersisir rapi. Macam intelek Melayu terakhir. Sekarang dah berserabai. Kalau bentuk wajah pejuang, memang lah serupa. Tapi mata sepet ala Cina tu.
Bagaimana perjuangan melayunya? Rupanya cakap tak serupa bikin. Darah melayunya berkobar kobar. Bukan untuk berjuang tapi nak cabut lari.
Minggu lepas wak diberitahu, Khir Toyo [hero pejuang UMNO Selangor] kononnya nak berdebat. Rujuk : PEJUANGAN MELAYU.Wak pun susah susah lah cuba contact AMK Selangor, selaku penganjur Debat tersebut. Dapat lah wak hubungi Ketua Perhubungan AMK selangor, malam malam buta pulak tu. Wak pun bukan main semangat lah nak hadir. Mana lah tahu perjuangan melayu khir toyo akan terserlah dengan debat tersebut. Kalau pemilihan Pemuda UMNO nanti, mungkin boleh sedikit membantu. Maklumlah, pejuang Melayu bukan setakat cakap, tapi kena buat.
Ingatkan Khir Toyo ni, darah perjuangannya masih mengalir, rupanya darah pengecut di dalam tubuh. Cakap berdekah dekah, tapi sekadar pak lawak hero lakunan. Satu langkah kedepan, seribu langkah ke belakang.
Minggu ini, Ketua Perhubungan AMK Selangor menghubunyi wak mengatakan Khir toyo tidak dapat turun kerana persiapan pemilihan bulan Disember 2008 nanti. Mak aiiiii.... pemilihan bulan Disember tuuuu.
Kita mungkin faham tentang politik, tapi takkan sejam pun tak boleh luang kan. Sedang kan pemilihan cuma di adakan 6 bulan akan datang.
Ini lah UMNO. Wak nak bagi tau lah tentang sikap UMNO dari dulu dan selamanya. Bila cerita pasal perjuangan bangsa Melayu .... mereka lah di depan. Bila ditentang ... diorang lair kebelakang. Dari sebelum merdeka sampai harga minyak mencecah RM2.80 seliter ni, perangai masih serupa. Merdeka dulu pun kononnya UMNO yang perjuangkan, melayu macam bodohnya percaya. Tapi sebenarnya UMNO nih jenis bacul tahap DINASOUR.
Bila cerita antara mereka, macam dunia ni dia yang punya. Bila duduk pentas dan berdebat. Batang hidung pun tak nampak. Berapa kali agaknya UMNO berdebat? Dah di ajak berkali kali, dia menghilangkan diri. Lepas tu bagi alasan itu dan ini.
Sekarang sepatutnya Melayu sudah kenal pasti perjuangan bangsa Melayu UMNO sebenarnya. Lebih jerkah dari lawan. Hentak kaki berterabur lari. Kalau Khir Toyo baca artikel ni, wak nak pesan. Kalau takut di lambung ombak, jangan main jet ski. Kalau gayat tinggi, jangan naik kapalterbang. Kalau takut pada perempuan, jangan berani jeling mata. Kalau takut berjuang, jangan lagak macam pendekar. Kalau bukan melayu, baik mengaku jawa. Tak payah cerita tentang perjuangan bangsa lain. Buat malu jer.
Wak Khir ....... masih ber TEMPE lagi ke?
1 comments:
Botox tu eloknya dicucuk kat hati kot...biar berani sikit. Huuuuuuuuuuu. memalukan
Post a Comment