detikdaily - [...] Rakyat baru sahaja digembarkan dengan isu kenaikan harga beras yang mendadak akibat kenaikan harga global.Dengan raup wajah yang bersahaja Pak Lah mengumumkan kenaikan minyak dalam masa yang sama mengumumkan kenaikan terbaru tarif elektrik pada Julai. Inilah akibatnya kerana mengundi BN pada pilihan raya umum yang lepas.Sebenarnya rakyat Malaysia memang tidak pernah serik akan tipu daya BN selama ini.Memang sudah menjadi lumrah kerajaan BN apabila selepas pilihan raya umum mereka akan menaikan pelbagai harga barang.Sebelum pilihan raya rakyat ditaburkan dengan janji-janji manis.Nah selepas pilihan raya padahnya rakyat yang dapat.
Calon BN yang menang dapat kuasa,pangkat dan ganjaran.Rakyat hanya dapat mengeluh sahaja.Kali ini rakyat Malaysia tidak boleh lagi duduk diam. Kerajaan BN perlu diajar cukup-cukup.Mereka memang tidak serik walaupun sudah ditimpa stunami politik yang teruk pada PRU yang lepas. Mereka masih lagi angkuh dan tidak hiraukan perasaan rakyat yang menanggung akan kesan kenaikan harga minyak.Kita tidak perlu beri tempoh kepada kerajaan jika diberi tempoh mungkin ada kenaikan lain pula.
Sebelum wang tunai yang dianggap subsidi disalurkan kita perlu DESAK kerajaan BN turunkan harga minyak pada paras yang asal.Walau apa cara sekalipun kita perlu lakukan sesuatu sebelum kesan kenaikan ini mengundang kesan yang lebih buruk terhadap rakyat.Pihak pembangkang tidak boleh duduk diam sahaja.... selanjutnya.
Jun 6, 2008
Mengapa perlu beri tempoh 5 minggu untuk kerajaan
Labels: demo minyak, Minyak naik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment