KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 28, 2008

Bersihkan nama isteri TPM dengan dakwa Raja Petra? - Mohamad Sabu

harakahdaily - [...] Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa pihak berkuasa mendakwa pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin kerana membuat tuduhan yang serius terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, tuduhan Raja Petra dalam akuan bersumpahnya terhadap kes pembunuhan Altantuyaa Shaariibuu itu sesuatu yang amat serius dan memburukkan nama TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri.

"Dakwaan itu sangat serius, kerajaan perlu segera mendakwa Raja Petra bagi membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri dan isterinya daripada dakwaan terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya," ujarnya ketika berceramah bersempena Program Pelancaran dana Kebajikan Muslimat dekat Temerloh malam tadi.

Pada 25 Jun lalu, Najib telah menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah Raja Petra berhubung pembabitannya dan isteri, Rosmah Mansor dalam pembunuhan warga Mongolia itu.

Najib ketika mengadakan sidang medianya di Parlimen menafikan bahawa isterinya itu terbabit dalam pembunuhan Altantuya

Begitupun ujar Najib, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan bersumpah Raja Petra itu. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive