KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 28, 2008

Plastik kutuk ORI

Korang kena baca artikel terbaru drkhir toyo@botoxman. Bekas menteri besar cum desperado UMNO ini memberikan pandangan tentang strategi dan hala tuju politik DS Anwar Ibrahim. Banyak perkara yang di jelaskan mengikut persepsi beliau. Tapi yang mesti ada di dalam kepala, baca dan nilai. Nilaian berpandu isi pemikiran pemimpin yang sudah kecundang.

Rujuk,

My PhotoFasa pertamanya ialah pilihan raya ke 12. Beliau menggunakan menggunakan segala kelicikannya melakukan manipulasi politik melalui penawaran jawatan dan kedudukan bagi menyatukan parti-parti politik yang bukan sahaja berbeza ideologi tetapi bertentangan sama sekali.

Retorikal dan manipulasi politik Anwar telah berjaya menanggap imaginasi pengundi-pengundi di kawasan bandar sehinggalah gabungan longgar ini mampu mengambil alih lima negeri (termasuk Wilayah Persekutuan).

Beliau berjaya meyakinkan Dap dan Pas untuk mengadakan satu kerjasama longgar. Yang untung pastinya Dap kerana hari ini mereka sudah boleh berhujah bahawa ada orang Melayu yang menyokong perjuangan "cauvinis" mereka. Malah mereka juga dilihat menguasai dua buah negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Melayu. - Khirbotox
Yang menarik di dalam artikel tersebut, Khir toyo sedang cuba untuk menyuruh rakyat belajar....
Kita harus belajar daripada sahabat-sahabat rapat Anwar Ibrahim yang dulunya sanggup tenggelam timbul bersama, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan beliau. Kita juga harus sedar manipulasi ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada rakyat. Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah opportunist yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.
Sengsaranya untuk memperolehi kembali kemenangan. Dan aku mengerti bahawa sesungguhnya perbezaan antara realiti dan fantasi .... belajar dari musuh dan belajar dari pengalaman. Pengalaman kita bersama Khir Toyo dan BN di selangor adalah lebih jelas dari cerita keburukan Anwar melalui mulut musuh politik.

Alhamdulillah, rakyat tidak bodoh untuk mendengar sebarang komen dan cakap cakap yang tanpa bukti. Kita mahukan realiti. Nilaian kita setelah Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri. Risiko kita adalah untuk terus memilih UMNO dan kepimpinan mereka sedangkan terlalu banyak rekod buruk sudah terpampang di depan mata. Kita tidak bodoh lagi.

Paling penting .... kita tak mahu pemimpin berwajah plastik. Kita mahu yang ORI.

Komen komen menarik artikel tersebut,

su-kj said...

A.kum Datuk Seri,

1. Masalah utama yang dihadapi oleh UMNO sekarang ialah UMNO tidak mempunyai seorang 'tokoh' yang setanding dan berwibawa seperti Anwar Ibrahim.

2. Jika UMNO mempunyai seorang tokoh yang setaraf atau lebih baik dari Anwar, saya percaya PKR dah ranap. Harus diingat PKR adalah 'Juru Perunding' yang bertauliah...?

3. Cuba kita lihat dalam blog saya, keputusan 'vote'...Siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ?

--------

azarazara said...

Bacaan yang baik untuk dibaca, tidak begitu baik untuk di ikut....
resmi org kalah hehehhe.
Owh lupe blog dia .. dia punya suke lah nak cakap apa saje....
Tumpang baca je apa yang dirintihkan oleh org kalah ini..
Kasihan.....

--------

malaysiabaru said...

A'kum Saudara Khir, mungkin saudara nie lupa siapa saudara ini dengan komen saudara. Bukankah saudara orang yang menswastakan projek kerajaan negeri dimana kerajaan negeri tidak punya keuntungan munasabah dalam projek penswastaan negeri. Kalau ada bukti DSAI pun sama macam saudara boleh bagi bukti? Buat Laporan Polis dan sebagainya...

Siapa saudara sebelum ini? Hanya dr gigi biasa di kajang, itu sahaja, title MB selangor sekejap tuh telah menamatkan releven saudara dalam politik negara.

Jadi saya cadangkan, saudara tak payah lah susah-susah, kerana kat selangor sendiri UMNO negeri dah lama menyampah dengan saudara.

------

Muhammad Kamal said...

ala Datuk, ini cakap orang yang dah kalah. dulu masa memerintah apa sangat lah sumbangan Datuk. sumbangan rasuah ada la. ini cakap orang gila talak sebenarnya. lepas kalah teruk baru tersedar dan sekarang tergila gilakan jawatan semula. saya nak muntah dengar nama UMNO sekarang. semua pemimpin UMNO suka kahwin artis, isteri pakai tudung tak lengkap, hidup penuh hiburan, suka raba bontot macam Jamaluddin Najis dan sebagainya.

2 comments:

mangchikla said...

Al hamdulillah. Cerdik cerdik orang menilai si anak Toyo nih, En Toyo pon cerdik tak macam anak dia.

Anonymous said...

Dahlah KT,tak mungkin saudara dapat jadi MB kembali.Mimpilah!!Dulu masa ada jawatan sombong.Asyik nak perkenakan rakyat aje.Asyik dok membelek muka aje.Rakyat susah,rumah dirobohkan,ada saudara peduli?Ni sibuk dok komen org sana-sini.Muhasabah diri sendiri dulu sebelum jari telunjuk yg lain menghala kat muka saudara semula.

Posting terkini

Blog Archive