msomelayu - [...] Khabarnya ada perkembangan lain. Yahya sudah mengakui kesilapannya bertindak secara emosi, dan sedia mengendurkan serangan kepada Khalid setelah Penasihat PKR Anwar Ibrahim campur tangan penuh diplomasi dengan mengatakan tenaga dan fikiran Yahya masih diperlukan.
Baguslah kalau begitu. Ahlan wasalan salawatu nabi! Dalam keadaan sekarang bukan masa untuk semua pihak bergaduh. Kesalahan yang Yahya lakukan itu sudah cukup memberi pengajaran kepadanya. Lain kali hendaknya beliau tidak akan terkhilaf lagi mengulangi perkara yang sama.
Almaklumlah baru menang, semangat semua orang pun penuh macam bulan purnama. Semua orang juga jadi bengkeng dan garang tidak tentu fasal. Baru dapatkan kuasa katakan! Nak tengok diri masing-masing tengoklah gaya kera yang baru dapat sekuntum bunga dan sekeping cermin. Terkenyen-kenyen tersenyum-senyum. Itulah kita!
Apapun sekiranya Yahya menarik balik keputusan yang dibuat dengan penuh bersemangat anak muda itu ia satu kelemahan beliau. Dengan apa yang beliau jerit dan kumpulkan orang untuk mendengar rintihannya beliau tidak boleh kembali ke tempat asalnya itu. Beliau kena berada di tempat lain.
Diharap PKR akan memberi ruang dan tugas lain sewajar kepadanya. Jangan pula masukkan dalam peti sejuk sudahlah. Tenaga beliau masih diperlukan. Dan sesiapa pun kalau bertaubat dia harus dimaafkan. Manusia tidak maksum dan bumi mana tidak ditimpa hujan. Lepas ini isu Yahya hendaknya tidak kedengaran lagi. Biarlah Ezam Mohd Noor berangan sendiri.
Di sini diingatkan juga kepada Ezam selepas anda disahkan menjadi ahli Umno (kelmarin) jangan mencampuri soal PKR dan Anwar lagi. Ezam patut tumpukan bagaimana hendak memperkukuhkan kedudukan bos barunya Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri. Jangan pula Abdullah dilanggar lari oleh Najib Razak.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
1 comments:
.....mengingatkan saya anak kecil,menanggis beria ia, tak tentu hujung pangkal.
Oh! rupanya nak kan perhatian..
may! sayang....adek ya!
Post a Comment