matsamankati - [...] Selepas pilihanraya, bila dah menang, pembangkang yang dah jadi kerajaan beralih kepada media perdana.Nak buat sidang media, panggil RTM, NST, Star, TV3. Bila MSM putar belit cerita, depa komplen, kata MSM tak boleh harap. Dulu, webmasters dan bloggers yang sokong pembangkang, disanjung dan dipuji. Tapi bila dah menang, sapa yang peduli kepada laman web dan bloggers? Sebaliknya, pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat menyalahkan bloggers dan webmasters sebagai penyebar khabar angin dan fitnah. Kalau hentam Umno, semua betul, semua percaya. Tapi kalau hentam Pas, PKR atau DAP, tu semua fitnah.
Dalam politik, tidak ada kebenaran hakiki, yang ada hanya persepsi. Siapa yang dilihat benar, dan siapa yang dilihat salah. Kalau aku kata aku hanya seorang gembala kambing, mati hidup balik orang tak akan percaya. Tapi kalau orang tuduh aku jadi ejen Umno, aku nafi pun, orang tak kan percaya cakap aku. Benar atau salah tidak penting.
Aku tulis bila aku sudah pasti apa yang aku cakap. Kalau tidak, aku kategorikan sebagai polifiksyen, walaupun isinya banyak yang betul. Kalau setakat Pak Din Roti Canai yang cakap, aku pun tak ambil pot. Tapi kalau pemimpin Pas atau PKR yang cakap, yang tu kena ambil serius.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment