KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 28, 2008

Samseng mengaku budiman

Masa aku kecil kecil dulu, aku paling hero. Ramai yang kena dengan tangan aku. Kalau anak jantan, perangai kena jantan. Yang aku lupa pikir bahawa sebenarnya bapak aku lagi jantan dari aku. Kalau aku pedajal adik beradik, bapa aku akan belasah aku cukup cukup. Lepas kena belasah ... aku pun insaf. Nangis teresak esak, bontot berbalau dek bekas rotan. Mak pun jatuh kesian. Tapi lepas seminggu, perangai samseng jadi balik. Sampai sekarang, adik beradik aku cukup takut ngan aku ... AKu jegil mata, diorang pandang tempat lain.

Yang best nya, bila adik bongsu menangis, semua jadi haru biru. Bila bapak kitorang jenguk kan kepala. Jari kitorang saling menunding. AKu tunjuk kat adik, adik tunjuk abang dan abang tunjuk alang. Masa tu muka jadi seposen, punya la baik, kalahkan malaikat. Bapak kitorang jeling sana, jeling sini, akhirnya aku yang kena belasah. Tak kira siapa .... aku yang kena, sebab aku adalah samseng yang cuba jadi budiman.

Itu masa budak budak dulu. Bila dah dewasa ... kitorang jadi dewasa. Dah jadi ayah .... kena jadi jantan, tak macam budak budak dulu.

Tapi macam diorang nih .... dah lah perangai cam budak budak, samseng lak tu ...



[...] Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pertelingkahan dan perang mulut antara Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen Selasa lalu, dihentikan.


Najib yang juga Ketua Whip BN di Parlimen dan Timbalan Pengerusi BN berkata, perbalahan dalam mana-mana kumpulan dalam BN bukanlah merupakan perkembangan yang sihat.

"Saya harap ia tidak berterusan. Kita mesti mencari usaha untuk meredakan dan mendamaikan keadaan ini supaya kita memberi fokus kepada tanggungjawab kita dalam Parlimen iaitu membahas isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat dan membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa "Meeting of Minds: Developing the Malaysia Master Brand" di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan mengeluarkan arahan supaya perkara itu dihentikan, Bernama memetik Najib sebagai berkata:"Tak apalah, saya akan bisik (kepada mereka yang berkenaan)." - malaysiakini
Yang best tu, mamat botak ni kata geng satu lagi tu samseng. Yang geng ni pulak kata, budak botak tu samseng. Sejujurnya .... diorang ni semua samseng. Kalau tengok muka pun tau.

1 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya dua-dua samseng.Samseng!samseng!samseng!Macam lagu ahli fikir.

Posting terkini

Blog Archive