KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 28, 2008

Salah guna kuasa : BN gagal sangkal tuduhan

 tranungkite - [...] Wakil Kubu Gajah, YB Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dengan tegas dan lantang menafikan tentang pemberian tanah kepada bahagian “Umno Larut Matang and Selama”.

Menteri Besar Dato’ Seri Ir Nizar telah disanggah apabila mendakwa tanah bernilai RM300,564 telah diluluskan dalam 2005 untuk bahagian “Umno Larut Matang and Selama.”

Namun,Tajol Rosli yang sering mencelah untuk menganggu ucapan Nizar sewaktu membentangkan penggulungannya petang tadi telah mengakui bahawa tanah yang dikatakan diluluskan untuk “Umno Larut Matang and Selama” , sebenarnya telah diberikan kepada Umno Taiping.

“Serupalah, balik-balik kepada Umno juga,” balas Nizar yang mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional yang lepas telah menganugerahkan tanah kerajaan kepada Umno, MCA dan Gerakan.

Menjawab kepada soalan yang dikemukakan wakil Canning, YB Wong Kah Who yang mahu tahu senarai tanah milik kerajaan yang telah diluluskan untuk parti politik sejak 2004 yang lalu, Nizar berkata :

”Penganugerahan tanah juga telah diberikan kepada Umno di Teja, Kampar, dan Kuala Kangsar, MCA Ipoh Barat dan Kampar, juga untuk Gerakan di Jalong.”

Wakil Jalong, YB Leong Mee Meng berkata kelmarin , dia telah menerima beberapa aduan tentang penyalahgunaan kuasa berhubung permohonan tanah di kawasannya.

Beliau juga mendedahkan dimana seorang penternak ikan telah gagal untuk mendapatkan hak milik tanah yang telah 10 tahun diusahakannya; sebaliknya tanah tersebut telah dijual kepada 22 orang yang ada kaitan dengan BN dengan harga RM30ribu bagi keluasan 0.8ha setiap satu dengan bayaran premium RM400.00 sahaja.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive