marhaen | ....Mulai dari kes Saifool ini, nampaknya mana-mana warganegara merasa tidak selamat untuk tinggal di luar bersama masyarakat terbuka, bolehlah meminta POLIS DIRAJA MALAYSIA untuk melindunginya sepertimana Saifool.
Adakah perkara ini terdapat dalam sistem kepolisan?.
Dilapor juga kononnya Saifool berani kerana benar. Alangkah bertuahnya bapa kepada Saifool ini kerana mempunyai anak yang berani kerana benar.
Sebaliknya kebenaran yang hendak ditonjolkan oleh Saifool itu menimbulkan beberapa persoalan.
Kenapa ayahanda Saifool berani kerana benar membiarkan anaknya dijaga POLIS DIRAJA MALAYSIA secara tertutup ditempat sulit?.
Kenapa Saifool berlindung di bawah POLIS DIRAJA MALAYSIA sedangkan Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang telah mengaku sanggup berbohong jika diarah oleh bossnya dalam perbicaraan kes liwat I tahun 1998 lalu?.
Ayahanda Saifool berani kerana benar sepatutnya memohon kepada POLIS DIRAJA MALAYSIA supaya anaknya hidup bebas terbuka seperti orang dewasa lain. Kenapa ayahanda Saifool takut, kan Saifool berani kerana benar!.
Kemudian redha atas apa-apa yang berlaku terhadap anaknya itu untuk hidup bebas dalam masyarakat terbuka. Kalau terjadi apa kepada anaknya dia tidak perlu bimbang sebab kalau mati pun kerana mempertahankan kebenaran balasan baik disisi Tuhan.
Kalau Saifool berani kerana benar maka keluarlah dari “perlindungan” dan hidup seperti warganegara lain seperti biasa. Malaysia adalah Negara yang selamat, aman dan makmur sepertimana disebut dalam manifesto Pilihanraya Barisan Nasional iaitu SELAMAT AMAN MAKMUR.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
8 hours ago
1 comments:
kalau betul berani kerana benar...paparkan result DNA yg terdapat kat badan ke, seluar dalam ke dan panggil 2 org pakar yg tak ada kepentingan dari pihak DSAI dan sipol check specimen DNA tu yg ada kat sipol tu bila punya tarkh,berapa lama dah ada kat situ...itulah kalau berani kerana benarr minta najib buat siasatan suruhan jaya bebas...benar2 bebas...kan ini juga satu cara utk clear nama najib yg rakyat rata2 menuduh konspirasi dari najib,betul2 berani ke?.kan najib suka tolong mangsa liwat.jangan asyik cuba heret DSAI je...rakyat dah meluat dengan cerita sandiwara yg diberi nafas baru,biasanya sandiwara kedua org jadi meluat sebab pelakun barun lebih mengada2,tergedik2,gatal/
Post a Comment