Puisi dari Mufti Asri ... korang kena baca dan pahamkan.
Kalau tak paham, atau buat buat tak paham, itu korang pmya pasal
Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belakaKesimpulannya ... jangan nilai satu benda dengan perasaan. Jangan menghalalkan benda yang haram atau buat buat halal pada benda yang haram. Telus, tulus .. jangan bermuka muka dan jangan terima apa yang salah menjadi benar. Itu hipokrit namanya.
Jika kamu berwang banyak, aku kata, kuat kamu berusaha
Jika kamu berumah mewah, aku kata, untuk tamu yang melimpah.
Jika kamu kebencianku, semuanya di nilai celaka
Jika kamu berwang ban yak, aku kata, duit orang kamu lanyak
Jika kamu kereta lawa, aku kata, kamu mengada-ngada
Jika kamu berumah mewah, aku kata, itu rasuah.
Jika kamu pilihanku, semuanya aku setuju
Jika kamu bercakap kasar, kataku, mereka memang perlu diajar
Jika kamu cakap berputar, kataku, mereka itu celupar,
Jika kamu berdusta, aku kata, bohong mereka lebih berganda,
Jika kamu bersumpah, aku kata, Itu tanda mereka bersalah,
Jika kamu berdansa, itu hanya untuk rakyat bersuka
Jika kamu seteruku, semua tindakanmu aku palu
Jika kamu bercakap lunak, aku kata, kamu memang nak berlagak
Jika kamu bercakap lurus, aku kata, harapan kamu dah putus
Jika kamu bercakap benar, aku kata, kamu hanya buat kelakar
Jika kamu bersumpah, aku kata, kamu memang telah di upah
Jika kamu berzikir, aku kata, kamu hanya cuba menyindir
Musuhku semuanya haram
pilihanku semuanya harum
Ajaran Tuhan,
Jangan hukum ikut perasaan dan sangkaan
Jangan hukum ikut kumpulan dan pasukan
hukumlah ikut firman dan alasan
Ajaran Syaitan
Hukumlah ikut perasaan dan kebencian
Lihat dulu kawan dan lawan
Bukan kata Tuhan atau Sabda Junjungan...
Maka dunia pun bertukar
hukum menjadi putar-putar
siapa sahabat, maka dia diangkat
Siapa tak sepakat, maka dia musibat..
pilihanku semuanya di tabal mulia
pilihanmu semuanya di tabal celaka
tanya mereka: mengapa begitu jadinya?
Jawabku: itu lah politik namanya ...
Berjuang demi kebenaran. Jangan tak betul pun kita terima kerana yang tak betul tetap tak betul.
ps: jangan banyak cakap ... kita tak sedar, sedang dedahkan kelemahan diri. Cuma sendiri tak perasan. Sebab syok bercakap ... .wakakakak ...
0 comments:
Post a Comment