Pahangdaily | Pada 3 Ogos lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyatakan dalam kempennya di Permatang Pauh "Jadi kalau anda semua sayang kita, pakatan pembangkang menang, minyak RM2 seliter, anda sayang Barisan Nasional (BN) minyak RM2.70 seliter,". Maka itu berita penurunan harga minyak hingga ke paras RM2.00 seliter hari ini sesungguhnya amat melegakan rakyat di seluruh negara. Terbukti janji itu terlaksana jua akhirnya. Memang sudah lama ia dinantikan, biarpun kerajaan BN nampak begitu liat untuk melakukan tindakan sebelum ini. Kini segalanya sudah terbukti, bahawa harga minyak boleh diturunkan mengikut pasaran semasa global. Kenapa ini tidak dilakukan sejak dulu lagi?.
Selama ini rakyat terus tersiksa menanggung derita. Terpaksa menerima segala ketentuan tanpa ada sesiapa yang menghalang. Kerajaan begitu rakus menggunakan kuasa yang ada untuk menekan rakyat supaya mengikut telunjuk mereka. Kuasa yang diberikan dalam setiap kali musim pilihanraya telah diselewengkan sewenang-wenangnya. Laungan "Tradisi Membela Rakyat" hanyalah retorik politik semata-mata. sebaliknya pabila sudah berkuasa, maka merekalah raja dan tidak mahu langsung mengambil kira rintihan rakyat jelata. Ini berlaku sejak sekian lama, biarpun berbagai desakan diajukan agar rakyat dibela. Namun mereka hanya pekakkan telinga dan berdiam sahaja.... more.
JAWI SIASAT INDIVIDU DIDAKWA HINA NABI MUHAMMAD
9 minutes ago
2 comments:
"Selama ini rakyat terus tersiksa menanggung derita. Terpaksa menerima segala ketentuan tanpa ada sesiapa yang menghalang. Kerajaan begitu rakus menggunakan kuasa yang ada untuk menekan rakyat supaya mengikut telunjuk mereka".
Bukan sehari dan bukan juga dua malah lebih 50 tahun lamanya,akibat segelintir yang mementingkan diri keluarga dan keroninya,rakyat miskin pekebun getah,pesawah,peneroka,peniaga kecil kecilan di inaya.,diratah peloh keringat mereka mencari sesuap pagi petang menampung hidup keluarga.
Dan bila pilihan raya tiba mereka di sogok sekampit beras sekilo gula dan duit pokit untuk berbelanja.,disamping janji nasib mereka akan di bela.
Maka mereka pecaya terus mengundi dan mengundi dan mengundi dulu kini dan selama lamanya.
Melainkan orang yang beriman dan bertaqwa.,dan orang yang mahu belajar dari kesilapannya.
tertanya tanya... adakah nanti bila PR ambil alih kerajaan, minyak akan turun lagi 50sen spt yg DSAI kata dulu..?!
"Hari ini membentuk kerajaan, esok minyak turun 50 sen"
ermm?!?
.
Post a Comment