KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Diskriminasi terhadap orang Sabah

http://cache.virtualtourist.com/1731400-The_mammoth_Mount_Kinabalu_Symbol_of_Sabah-State_of_Sabah.jpgasam-lambunau
(...) Saya ambil contoh terdekat yang berkaitan dengan bidang saya sendiri untuk lebih jelas lagi. Guru-guru dari semenanjung mendapat durian runtuh apabila ditempatkan bertugas di Sabah. Elaun khas yang diperoleh mereka dijumlahkan dengan gaji pokok sahaja boleh menandingi malah ada yang mengatasi pendapatan guru tempatan (orang Sabah) yang sepuluh tahun lebih senior daripada mereka, walaupun mempunyai kelayakan akademik dan ikhtisas yang sama.

Adakah wajar mereka memperoleh elaun perumahan hingga rm700-rm800 di kawasan pedalaman yang purata kadar sewa rumah hanyalah sekitar rm300-400 (malah ada yang lebih murah sekiranya tahu bergaul dengan orang tempatan) berbanding dengan kami guru berasal dari Sabah yang bertugas di semenanjung (saya dihantar ke sebuah negeri maju yang sekiranya pendapatan RM1500 ke bawah boleh ditafsirkan sebagai miskin) hanya layak mendapat elaun perumahan rm400-rm600. Saya sendiri cuma layak menerima elaun perumahan sebanyak rm450 sahaja, bagi rakan-rakan di kawasan lebih maju seperti Puchong mereka mendapat elaun perumahan cuma rm600 sahaja. Bagi yang masih bujang memang tidak bermasalah kerana boleh berkongsi dengan rakan membayar sewa rumah. Bagaimana pula mereka yang telah berumahtangga?
Rakan-rakan di sini mengatakan kami beruntung mendapat pelbagai faedah kerana bertugas seberang laut, tetapi apakah lebih beruntung berbanding mereka yang dihantar ke Sabah? Di Sabah, dengan sewa rm400 ke atas

Mereka yang berasal dari semenanjung mampu untuk menabung sebahagian daripada pendapatan mereka kerana kos sara hidup lebih murah di Sabah berbanding di semenanjung. Di Sabah yang saudara hjmahat kata boleh sesat di kota kinabalu, tidak ada jalanraya yang bertol. Pergilah sahaja ke mana sahaja tidak ada samseng berlesen ( yang mendapat lesen samseng jalanan dari kerajaan) yang menanti untuk meminta duit kalau kita nak lalu. more...

1 comments:

Anonymous said...

PLEASE JOIN BARISAN RAKYAT

Posting terkini

Blog Archive