KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 11, 2008

BN KE PR?

Anak aku menangis lagi. Kali ini kerana berebut pemadam yang aku belikan pada salah seorangnya. Cantik dan cuma aku belikan kepada anak ku yang tua kerana dia yang minta. Si adik pun mahu seperti kakaknya. Maka, Hendak atau tidak, aku terpaksa pergi ke kedai depan. Tak jauh, tapi bila dah labuh bontot kat depan komputer, susah nak gerak. Bukan mudah untuk aku tinggal kan komputer kerana bontot dan kerusi sudah menjadi satu bagai irama dan lagu.

Isteri aku dah membebel dan aku pun terpaksa bergegas ke kedai. Marah juga tapi nak buat macamana. Aku tak mahu, status SUAMI MITHALI aku tu terlucut, maka aku pun terpaksa pergi. Kerana dok kelamkabut, capal yang ku sarung pun berlainan warna dan tawkey kedai yang tegur. Nak buang rasa malu ... aku kata .....FESYEN BRO !!!

Aku dengar bising bising suara seorang makcik yang bawa cucunya. Aku diam kan saje, bercakap bahasa inggeris dengan cucunya. Dalam hati aku, bagus nenek ni kerana mahu melayan anaknya berbahasa Inggeris, mungkin bekas seorang guru. Cucu tu kalau besar nanti boleh jadi lawyer....tak tau la lawyer apa, asal jangan jadi macam aku.

Mulut makcik tu terus membebel bebel tentang harga naik. Nak buat macamana dan aku cuba menyebok kan diri bertanya. Kononnya peramah la tu....

Aku - kenapa makcik
Makcik - Ni barang semua naik harga ni ....
Aku - Nak buat macamana cik, kena beli juga
Makcik - Off course lah.....ini semua kerja kerajaan.
Aku - memang la cik, kalau kerajaan lemah, harga tak stabil.
Makcik - This stupid new Government dont know how to manage laaaa?
Aku - (Alamak berdesing telinga aku) Ape cik?
Makcik - Diorang kata, kalau new Government, harga tak naik, sekarang BN tak der kat Selangor tapi harga naik jugak.
Aku - (Dalam hati - Ahhh sedap nihhh). Makcik tak tau ke BN masih memerintah kat Pusat tu?
Makcik - Tapi takkan Selangor harga naik juga? But they suppose to know how to maintain the price. Subsidize ke....
ADuh dah tua, kang kalau aku melawan, orang kata aku kurang ajar pulak. So aku coolkan diri dan bertanya ....

Aku - Makcik undi apa itu hari?
Makcik - BN la....dari dulu makcik dengan BN
Aku - Patutlah cik ... BN tu 'Barang Naik'. Lain kali kalau nak turun kena undi PR ... baru lah 'Price Reduce'.
Aku malas nak layan dan terus belah....dalam hati aku berkata. Kalau semua orang pandai, takkan UMNO ujud sampai hari ini. Kerana orang seperti ini lah maka UMNO masih ada sampai sekarang.

Sesampai rumah baru aku aku sedar bahawa yang aku terbeli adalah pensel dan bukan pemadam. Maka aku terpaksa pergi semula ke kedai ......sebelum isteri aku membebel lagi. Minta minta makcik tu dah balik.

3 comments:

lipascongo said...

salam...
wak kao mmg terer bab tulih ado double meaning nie..
baguih wak..kito ni dah jadi macam zaman atuk nenek kito dulu..
bersuaro lolobih kedalam...
heheh...

mangchikla said...

muekekekeek..boley tahan temper...

Anonymous said...

laa......

aku ingat kan smua org umno pandai berpolitikk...
paham habis perlembagaan....
tau segala prosedur.....

ghupe ghupe nyerrr.....

HANGITTT..!!!!!
HANGITT....BeBBB..!!!!!

tak serupa bikin dahh......

Posting terkini

Blog Archive