KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 16, 2008

Anwar sampai di IPK KL bersama polis pukul 1.15 tgh

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan kenderaan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini untuk memberi keterangan berhubung kes liwat melibatkannya tepat pukul 1.15 petang ini.

Semalam, polis memberi kata dua kepada Anwar untuk hadir memberi keterangan di IPK sebelum pukul 2 petang ini atau berdepan dengan tindakan ditahan selepas polis mengeluarkan waran tangkap.

Pada 28 Jun lalu, bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat beberapa kali oleh bekas majikannya itu termasuk kali terakhir dua hari sebelumnya.

Anwar adalah suspek dalam kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – Utusan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive