KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 16, 2008

Anwar ditahan polis bertopeng

malaysiakini | ....Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

anwar ibrahim and policeManakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.... selanjutnya.

2 comments:

Anonymous said...

saya tak pernah maki orang kerana saya diajar makian itu akan balik kat kita,tapi hari ni tanpa sedar saya memaki polis dan kerajaan abdullah badawi dengan rasa benci teramat sangat,ampunkan dosaku ya ALLAH.terfikir tak kan kalah debat suruh tangkap DSAI,atau nak alih isu debat kelmarin,ya ALLAH percepatkanlah kejatuhan kerajaan zalim ini,sedangkan kau yang lebih mengetahui dan mengadili.

Anonymous said...

Hancurlah Malaysia ni dek PM dulu dan sekarang, Ketua Polis dan Si Gani Patail..Ya Allah ..turunkanlah balasanmu yg setimpal dengan kejahatan mereka yang sangat tergilakan kuasa di duniamu yg sementara ini..

Posting terkini

Blog Archive