Pelakun drama jelatang
isuhangat
Oleh Muhammad Ibn 'Az
Sedang saya menyiapkan artikel bertajuk 'Mereka Ingin Meminjam Allah?."
(InsyaAllah saya akan muatkan postingnya esok & kemudian akan saya sambung
posting berkenaan perkahwinan Rasulullah s.a.w.) Saya terdengar dialog yang
diucapkan oleh seorang watak lelaki dalam drama Jelatang (8 Januari 2008)
tersebut. Apabila saya amati dan menumpukan perhatian, kelihatan satu watak
(menurut isteri saya bernama Salman? jika salah maafkan saya kerana saya
tidak mengikuti cerita tersebut) sedang membaca sekeping surat dihadapan
seorang gadis yang terlantar sakit di hospital. Saya tidak mengetahui apa
ceritanya perempuan itu terlantar sakit, tetapi yang saya tahu kata-kata
yang sedang diucap tersebut merupakan kata-kata yang ditulis oleh ibu
lelaki tersebut kepada perempuan yang sakit itu.
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang
sedang diucap tersebut ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di
suatu tempat yang lain. Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini?
Ibu manakah yang jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan
ular kepada anaknya itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan
memberikan kepadanya kalajengking?(ed- lebih kurang begitulah bunyinya.)
Oleh kerana semasa menulis artikel "Mereka Ingin Meminjam Allah.." saya
menggunakan Tafsir Al-Qur'an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk
dibuat rujukan, maka dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada
ayat yang saya pernah baca dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah
surah bernama Luke Fasal 11.
Lalu saya pun membuka Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan
mencari surah tersebut kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar
itu memang ayat dari Bible yang saya pernah baca.
Apabila surah Luke fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1
hingga 54. Nyata jangkaan saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan
mengenai Jesus yang sedang berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu
para pengikutnya menanyakan kepadanya satu doa yang boleh kiranya
diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus mengajarkan kepada
pengikut-pengikutnya cara berdoa dan apa bentuk doa yang seharusnya
diminta.
Kemudian Jesus menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam
berdoa, kerana Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta
menghampakan permintaan anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus).
Kemudian dia (Jesus) memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi
anak-anakNya dalam ayat 9-12 surah Luke fasal 11 tersebut.
Luke 11 : 9-12
And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and ye shall find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that asketh receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it shall be opened . If a son shall ask bread of any of you that is a father, will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a fish give him a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a scorpion?
Terjemahannya :
Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu, jika anaknya minta ikan dari padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu ganti ikan? Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?
Cuma yang berbeza ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam
skrip drama tersebut. Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak
untuk menilaikannya. Tidak salah membaca Bible dan kandungannya tetapi
hendaklah anda mempunyai ilmu sebelum mengambil mana-mana ayat dan
kata-kata di dalamnya untuk dijadikan hujah dan dialog. Silap haribulan,
rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut tidak dinyatakan langsung
kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan dalam skrip tersebut
hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya tidak
dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan Bible
iaitu surah Luke fasal 11.
Oleh kerana majoriti penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka
sekiranya ada muslihat terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di
dalam media arus perdana pada waktu prima, maka seharusnya stesen
televisyen dan kementerian mengambil langkah-langkah proaktif menggantikan
panel-panel penilai yang sangat pasif dalam membuat kerja. Apakah negara
kita sekarang ini diserang dengan sindrom 'tidur'. Dari atas sampai ke
bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari penerbit sampai ke panel
stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga tidak perasankan yang
nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.
Berhati-hatilah, setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara
terbuka mana-mana doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana
sebagai menghormati Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan
senyap dengan isu ini atau pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua
orang Islam, berhati-hatilah kerana berkelambu itu bukan jaminan nyamuk
tidak boleh lepas masuk? Sekian ? wallahua'lam?.
Jan 22, 2008
ADA KERATAN BIBLE DALAM SKRIP JELATANG
Labels: Kristianisasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
perkataan 'bapa' itu ditukar kepada perkataan 'ibu' untuk elakkan plagiarisma ataupun meniru bulat. so, kalau betul skripnya begitu memang sah di ambil dari bible...
Post a Comment