KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

IDRIS JUSOH KHIANATI JIRANNYA SENDIRI

The image “http://buletinonline.net/images/banners/sjertih2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Buletinonline

Besut; 21 Jan - Kedudukan Dato’ Seri Idris Jusoh, untuk mempertahankan DUN Jertih, dilihat oleh banyak pihak, sebagai kerusi yang tidak selamat lagi, bagi Menteri Besar Negeri Terengganu itu


Ini adalah kerana, rakyat di kawasan berkenaan telah hilang keyakinan terhadap Idris yang mengkhianati janji-janji Idris kepada mereka, pada Pilihanraya Umum ke 11, tahun 2004 lalu.

Justeru itu, mereka merasa kecewa tidak lagi mahu bergantung harap kepada Idris yang dilihat oleh mereka sebagai ‘kacang lupakan kulit’

Semakan dan pemerhatian lapangan yang dibuat oleh Buletinonline mendapati, rakyat umum, para pengundi dan penyokong UMNO/BN, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Idris.

Rakyat melihat khususnya Idris dan amnya kerajaan UMNO/BN Terengganu telah gagal membela nasib rakyat, tidak dapat menyelesaikan isu tanah dan tidak berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan negeri Terengganu seluruhnya.

Isu terbaru berlaku di kampong Idris sendiri. Kes pengambilan tanah orang kampong untuk pembesaran Masjid Seberang Jertih ‘melukakan hati dan perasaan’ jiran tetangga Idris. Masjid Jertih terletak bertentangan dengan rumah ‘orang tua’ Idris, dipisahkan oleh jalanraya yang menghubungkan Bandar dengan Kota Bharu. Tanah jiran-jiran Deris telah diambil semula oleh kerajaan negeri dan rumah-rumah mereka dirombak, bagi kerja-kerja pembesaran masjid tersebut.

Apa yang menjadi kemusykilan rakyat setempat adalah, apa perlunya Masjid Jertih diperbesarkan dengan jarak antara Masjid Seberang Jertih dengan Masjid Hadhari, hanyalah 800 meter. Masjid Hadhari, sebuah masjid ‘mega’, sedang dalam pembinaan dengan kos RM10 juta, dijangka siap akhir tahun ini. (Foto: Mohd Noor menunjukkan rumahnya yang sudah dirombak)

The image “http://buletinonline.net/images/banners/sjertih1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Seorang pesara Jabatan Kerja Raya(JKR), Encik Mohd Noor Daud, 68, yang juga jiran rapat Idris, berasa amat terkilan dengan sikap Idris. Beliau mengenali Idris sejak Idris kanak-kanak lagi. Janji yang pernah diucapkan oleh Idris Jusoh selaku Menteri Besar Terengganu. awal tahun lalu masih segar didalam ingatannya.

Encik Mohd Noor berkata, (Idris)MB Terengganu berjanji di hadapan orang ramai dalam satu majlis perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seberang Jertih.

“Dia (Idris) berucap di bangunan Rukun Tetangga Seberang Jertih dan berjanji akan memberi tanah gantian kepada mana-mana penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah dan rumah oleh kerajaan,

“Sampai hari ini, janji itu belum dikotakan dan kami semua terpaksa berpindah dan bayaran pampasan yang diberi pula tidak sepadan dengan nilai tanah dan rumah kami,” ujarnya kepada Buletinonline ketika ditemui di rumahnya, Jumaat lepas.

Menurut Mohd Noor, pampasan yang dibayar terhadap tanahnya serta tiga buah rumah milik anak-anaknya hanyalah RM120,000 sahaja.

“Tanah saya(terletak di)tepi jalan utama, Jertih ke Kuala Besut dan berhampiran masjid hanya dibayar RM120,000,

“Ada tanah(yang hampir serupa) dan (sebuah)rumah subsidi kerajaan (yang telah diambil semula) dibayar RM80,000 seorang,” jelasnya.

Beliau dan keluarganya amat tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran tersebut serta terpaksa membuat penilaian semula dan membuat tuntutan di mahkamah.

The image “http://buletinonline.net/images/banners/sjertih3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Manakala seorang lagi mangsa pengambilan tanah, Puan Hajjah Minah Husin, 63, dari Kampung yang sama tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa berpindah setelah tanah dan rumah diambil balik oleh kerajaan negeri.

Katanya, masalah bayaran yang tidak setimpal itu menyebabkan rasa marah, sedih dan kecewa terhadap Idris dan pemimpin kerajaan Terengganu hari ini.

“Hati kecil mak cik memang tidak setuju dan rasa sangat sedih. Mak cik menangis kerana pilu terhadap layanan pihak berkuasa yang diketuai oleh orang kampong ini sendiri.

“Mereka janji sebelum ambil dahulu hendak beri tempat ganti tetapi hanya ‘cakap politik’ dan janji ‘bohong’ Menteri Besar sahaja,” ujarnya.(Foto: Rumah Mak Cik Minah)

Mak Cik Minah telah membesarkan anak-anaknya seramai tujuh orang dan beberapa orang cucu telah menetap lebih 40 tahun diatas tanah tersebut. Katanya, kerajaan UMNO/BN kini perlu diberi tunjuk ajar oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang dengan membuat perubahan sokongan kepada PAS.

Menurutnya, rakyat serta pengundi di Jertih ini mula menyesal kerana memberi undi kepada Idris dalam pilihan raya yang lalu.

The image “http://buletinonline.net/images/banners/sjertih4.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Seorang lagi pemilik tanah yang juga jiran Idris (enggan disebut namanya) mengakui mengundi Idris dalam Pilihanraya Umum tahun 2004.

“Dia (Idris) orang sini (kampung) dan kita pakat beri undi sekali kepada dia untuk tengok perubahan ‘kononnya’ boleh membela nasib rakyat,

“Kami semua menyesal dan harapan kami sebagai ‘rakyat bawahan’ hancur berkecai setelah Idris berkuasa,” ujarnya.

Beliau berjanji akan memastikan keluarga serta seluruh rakan taulannya tidak akan mengundi UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Semakan Buletinonline mendapati seramai 15 pemilik tanah dan rumah, jiran tetangga Idirs, berhampiran dengan Masjid Seberang Jertih, terlibat dengan pengambilan balik tanah untuk pembesaran Masjid tersebut. Pampasan telah dibayar, walaupun mereka tidak berpuas hati dengan jumlah yang mereka terima kerana ada unsur-unsur mereka telah ‘diperdayakan’ oleh pihak berkuasa tempatan.(Foto: Makcik Minah 'sedih' merenung nasibnya)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive