Berita Hairan
Setiap kali mahu sahaja pilihanraya, kerajaan akan menjadi bimbang. Semua jentera dikerah. Rahsia terus berahsia. Bimbang orang lain ambil kuasa. Strategi penipuan terus berjalan, jentera di pasang, kelentong dan temberang. Tahun ini Barisan Nasional berhadapan dengan kebimbangan yang makin menjadi. Kerana banyak isu yang timbul. Rakyat sudah pasang telinga. Tunggu untuk menghukum kerajaan, yang kerjanya untuk terus berbohong dan berkelentong. Agenda Mesyuarat MT menjadi rahsia, takut semua orang tahu tarikh pilihanraya. Itu lah perangai pemimpin yang pengecut tapi lagak pahlawan. Bodoh tapi berlagak pandai.
"Mesyuarat biasa... kita beri tumpuan kepada soal pembangunan. Banyak isu pembangunan yang kita perlu beri tumpuan. Umpamanya, ada pihak membangkitkan keperluan projek kecil, bantuan untuk sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sebagainya.
"Isu-isu seperti itulah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengurusan Sisa Pepejal dan Alam Sekitar di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, petang semalam.
Ditanya bagaimana mesyuarat berlarutan lebih tiga jam, sedangkan isu pilihan raya tidak dibincangkan, Najib berkata: "Ya, mereka suka bercakap."
0 comments:
Post a Comment