KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

MAHASISWA VS MAHASITUA


serkamvelleyonline

Parti Mahasiswa Negara (PMN) tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli dalam pilihanraya umum akan datang. Ia ekoran tindak-tanduk Mustapa yang didakwanya menyekat suara dan tindakan mahasiswa, kata Setiausaha Politikn PMN, Amirul Faiez Hamdi dalam satu kenyataan hari ini. "PMN juga ingin bersemuka dengan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan penjelasan terhadap beberapa kenyataan beliau yang terbukti menyekat suara dan tindakan mahasiswa.

"Walaupun telah nyata mahasiswa layak mengundi tapi mengapa tidak layak untuk menyatakan sokongan," katanya. "Bukankah mengundi itu juga menterjemahkan sokongan terhadap mana-mana parti politik, kenyataan yang berbaur sentimen politik dan berkepentingan parti pemerintah," katanya. Oleh, tegasnya, PMN tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi itu, dengan meletakkan calon kami di Parlimen Jeli. Katanya, sejak pengumuman penubuhan PMN pada 7 Januari lalu di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pilihraya (SPR), pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan sebagai respons terhadap penubuhan parti baru itu.

"Pihak Parti Mahasiswa Negara seterusnya (mengemukakan permohonan) mendaftar di Pejabat Pendaftaran Persatuan (ROS), Putrajaya pada 18 Januari yang lalu sebagai langkah untuk menghadapi pilihanraya. 'Mansuhkan Auku' "Respons dari beberapa menteri telah menunjukkan sikap dan pendirian mereka terhadap penglibatan mahasiswa ke dalam arena politik tanahair," katanya. Malah, tambahnya, kebanyakan respons adalah bersikap menentang dan melarang penglibatan mahasiswa dalam politik, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum yang mendatang. "Antara respons ialah dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyatakan bahawa mahasiswa tidak boleh sama sekali terlibat dalam pilihanraya berdasarkan Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1975," tegasnya. Kenyataan yang sama juga, katanya, telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Menteri Pengajian Tinggi.

Oleh sebab itu, kami Parti Mahasiswa Negara menyatakan bahawasanya kami sama sekali tidak "beriman" terhadap Auku 1975. Malahan secara terang- terangan kami sudah melanggar Auku. "Mengapa masih menggunakan lagi akta tersebut dalam mengugut para mahasiswa yang memberikan sokongan terhadapa Parti Mahasiswa Negara," tambahnya. Tegasnya, pendirian mereka terhadap Auku tidak pernah berubah, sama ada ianya perlu dimansuhkan secara total mahupun akan dipinda beberapa seksyen yang terkandung di dalamnya. "Parti Mahasiswa Negara juga menyeru rakan-rakan siswa yang lain untuk bersama-sama kita bergerak seiring dalam membawa agenda perjuangan siswa dan juga rakyat," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive