Pemilik Tanah Di Perak Bayar Cukai Berpeluang Menangi Perodua Kancil
IPOH, 22 Jan (Bernama) -- Pemilik tanah di Perak yang membayar cukai tanah antara 1 Jan lepas dan 31 Mac ini dan tidak mempunyai tunggakan cukai berpeluang memiliki sebuah kereta Perodua Kancil dalam satu cabutan bertuah yang akan diadakan sempena 'Kempen Pembayaran Cukai Tanah Negeri Perak 2008'.
Pengarah Tanah dan Galian Perak Datuk Abu Zar Omar berkata kerajaan negeri telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membiayai kempen yang bertujuan meningkatkan hasil kutipan tanah di negeri ini yang walaupun menunjukkan peningkatan setiap tahun tetapi tidak begitu memberangsangkan daripada segi prestasinya.
" Selain itu lima buah motosikal, 10 unit televisyen 29 inci, lima unit peti ais dan 279 hadiah saguhati akan diberikan kepada para pemilik tanah yang bertuah," katanya pada sidang akhbar mengenai kempen tersebut di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak di sini hari ini.
No2umnO - Jangan jadi macam dulu. Memperbaharui Kad Pengenalan dan dapat kenderaan. Bila orang tunggu, tak dapat dapat. Rupanya tipu helah menteri. Untuk galak orang tukar IC. Macam macam sekarang ni, bukan gores dan menang sahaja tau ....
Jan 22, 2008
TIPU ATAU BETUL ni?
Labels: Cukai Tanah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment