KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

APABILA DEWAN DIBUBARKAN...

oleh Mohd Ezli Mashut (LL.B (Hons)
ezli007.blogspot.com


‘Sokong Barisan Nasional : Indeks Jenayah dan Rasuah Naik !
Sokong Barisan Rakyat : Indeks Jenayah dan Rasuah Turun !’

Apabila parlimen dibubarkan maka berakhir pemerintahan kerajaan semasa. Maka ketika itu parti pemerintah sudah tidak lagi mempunyai kuasa. Mereka tiada lagi kuasa untuk mengumumkan apa-apa lagi projek dan menyalurkan kewangan. Kuasa ke atas media juga sudah berakhir. Mereka tiada lagi hak untuk mengugut dan menakut-nakutkan pengundi.

Sepatutnya juga semasa tempoh pembubaran parlimen, Perdana Menteri, Kabinet dan Kerajaan Negeri sudah tiada lagi kuasa. Mereka tiada hak lagi untuk menggunakan jentera dan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Mereka juga tiada hak lagi untuk menggunakan harta awam rakyat Malaysia untuk tujuan politik mereka.

Tetapi yang peliknya pada ketika itu kuasa pemerintahan yang sudah berakhir semakin banyak projek-projek dilancarkan. Ketika itu juga wakil rakyat yang selama ini entah hilang ke mana muncul di mana-mana. Malah mereka pada ketika ini juga menjadi begitu prihatin dengan masalah rakyat. Tiba-tiba juga jalan raya di tar dan dibaiki semula. Sekolah-sekolah, masjid-masjid, anak-anak yatim dan warga emas mendapat bantuan dan dana kewangan. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive