KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

Waras tapi tak sedar dirakam.

Anak Loh Mui Fah: Lingam Waras, Tidak Sedar Rakaman Dibuat
Keadilan

Kuala Lumpur, 21 Jan - Loh Gwo Burne, anak Loh Mui Fah yang membuat rakaman video VK Lingam hari ini memberi keterangan saksi kepada Suruhanjaya DiRaja.

Dalam keterangan Gwo Burne, beliau sahkan bahawa Lingam adalah orang dalam rakaman video tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa Lingam tidak berlakon, dan berada dalam keadaan waras dan bukannya mabuk atau gila seperti yang dituduh Menteri Pelancongan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Gwo Burne, Lingam tidak sedar bahawa beliau sedang dirakam.

Gwo Burne juga memberi keterangan bahawa beliau telah bertemu sekali lagi dengan peguam Manjit Singh, pekerja Lingam yang dibuktikan hadir pada malam rakaman melalui foto, pada tahun 2002.

Dalam perbincangan semasa pertemuaan tersebut, Gwo Burne mengemukakan ketidakpuashatian beliau terhadap perkhidmatan Lingam. Manjit pula memberitahu Gwo Burne bahawa Lingam gagal membayarnya.

Gwo Burne mengakui bahawa beliau telah memberi satu salinan rakaman video tersebut kepada Manjit dalam pertemuan itu.

Ahli-ahli Suruhanjaya kini sedang mempertimbangkan sekiranya Anwar Ibrahim akan dibenarkan memberi keterangan kepada Suruhanjaya sebelum beliau berangkat ke luar negara untuk beberapa hari.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive