KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 22, 2008

Kecewa Pak Samad

Pak Samad, Sasterawan Rakyat
klpos

Bila orang bodoh kaut untung dengan rasuah

"SAYA sekarang mantan Sasterawan Negara," tutur A. Samad Said. Syahdu. Itulah satu kata buat menjelaskan suasana petang Sabtu itu. Secepatnya acara baca puisi "Kata-kata" di Galeri R.A, Kuala Lumpur bertumpu dengan kenyataan keras pengarang ternama itu.



Dia pengarang terakhir dijemput mempersembahkan karyanya. Segala persembahan lain, tiba-tiba tenggelam dengan kata-katanya. Aku yang pada mulanya tergelak terbahak dengan persembahan lagu Hannah T dendangan Tan Sei Hon yang penuh lelucon terus sebak dan marah mendengar kenyataan pengarang novel Salina itu.

Dia membuat kenyataan tersebut sebagai maklum balas terhadap isu buku teks baru untuk komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang dijangka guna tahun 2010 nanti.

"Tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar." Begitu lapor akhbar Berita Harian 12 Januari 2008 lalu.

"PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas," lapor akhbar itu lagi.

Antara penulis yang bakal menggantikan teks sastera Melayu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar. Menjadi hak mereka untuk menulis. Tetapi tak dapat aku menerima hakikat jika novel-novel seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari karya Ahadiat diangkat sebagai teks sastera untuk dipelajari di sekolah-sekolah.

Tak ada apa lagi yang aku mampu katakan lagi melainkan bebal, bingai, bodoh, sial dan banal! Beginilah cara orang bodoh mengaut keuntungan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa. A. Samad Said yang mesra dengan gelaran Pak Samad kini bukan lagi sasterawan Negara, dia adalah Sasterawan Rakyat!

No2umno - Apabila orang yang DUNGU cuba mencari komisyen hasil kerja orang lain, maka banyak kerosakan yang bakal berlaku. Sebelum ini sudah ada isu KEBODOHAN penukaran bahasa penghantar di dalam subjek Matematik dan Sains. Komisyen yang diperolehi dari pertukaran buku teks sekolah memang amat lumayan. Begitu juga dengan penganjuran kursus kepada guru guru. Dalam pada itu, rakyat berpecah kepada 2 kumpulan. Yang sokong dan yang bantah. Akibatnya anak murid menjadi mangsa. Penipuan keputusan memperolokkan taraf pemikiran kanak kanak menjadikan kebijaksanaan mereka dipertikaikan. Peduli apa dengan semua itu, kerana pihak pemimpin dan yang memegang kuasa tidak peduli semua itu kecuali komisyen yang diperolehi dari sebarang tindakan baru yang dirancang. Ini punya manusia pun ada tau.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive