riwayathayat
Bicara bersama teman-teman kebelakangan ini semestinya berkisar tentang pelbagai peristiwa 'aneh' yang berlaku dalam negara sejak akhir-akhir ini. Setiap minggu, Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak tidak pernah tidak akan turun ke Pekan. Pemimpin-peminpin parti pemerintah pula kini giat menyerang parti-parti pembangkang sambil menyifatkan mereka sebagai berpura-pura dan hanya berjanji itu ini sekadar untuk meraih undi.
Abdullah Badawi pula semalam dirai dalam satu majlis di mana ribuan penyokong MIC hadir dan menyambut kegembiraan bila mana beliau mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan hari perayaan Thaipusam sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mungkin sekadar itulah kemampuan beliau, cukup hebat disanjung hanya kerana mengisytiharkan cuti.
Perkara 'aneh' juga turut berlaku sepanjang prosiding Suruhanjaya Diraja yang menyiasat klip video Lingam. Apa yang aneh ialah ketika mana, kawan sudah tidak kenal sahabatnya, seorang bekas Perdana Menteri yang pernah menghina bangsanya sebagai spesies pelupa juga merupakan seorang pelupa dan lebih malang lagi ialah apabila seorang bekas Ketua Hakim Negara hadir ke perbicaraan mahkamah tanpa diwakili peguam!
Sandiwara demi sandiwara terus dimainkan oleh mereka ini. Saat rakyat terus merintih dengan pelbagai tekanan, kenaikan kos sara hidup, spekulasi kenaikan harga minyak serta tuntutan bonus yang seakan dipinggirkan, pemuka-pemuka kuasa ini kekal rakus memburu kedudukan dan kekuasaan, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum yang dikhabarkan bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Jika seorang bekas menteri memiliki karier sambilan sebagai seorang bintang filem lucah, maka apalah yang boleh diharapkan lagi dari anak seorang ulama' yang hobinya hanya tidur, tidur dan tidur. Saya sebetulnya keanehan. Pemimpin jenis apakah mereka ini?
Jan 22, 2008
Keanehan Menjelang Pilihanraya
Labels: PRU12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment