MStar
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan blogger Jeff Ooi Chuan Aun untuk membatalkan saman fitnah yang dikemukakan oleh New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan tiga yang lain.
Timbalan Pendaftar Mohamad Kamil Nizam menolak permohonan itu dengan kos di dalam kamarnya hari ini.
Pada 4 Jan tahun lepas, NSTP, timbalan pengerusinya Datuk Kalimullah Hassan, ketua pengarang kumpulan Datuk Hishamuddin Aun dan bekas editor kumpulan Brendan Pereira memfailkan saman terhadap Ooi kerana memfitnah dan pemalsuan berniat jahat.
Saman itu berhubung artikel tertentu dan tulisan yang telah diterbitkan, atau dibenar diterbitkan oleh Ooi di laman blog beliau.
Mereka mendakwa artikel-artikel itu merujuk kepada mereka dan bersifat fitnah.
Jan 22, 2008
Jeff Ooi gagal ketepikan saman NSTP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment