catatan oleh Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha Unit Amal DPPWP)
keadilanselangor
Sabtu 26 Januari - Pada jam 1.50 petang tadi, saya memulakan perjalanan dari rumah saya di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor dengan menaiki motorsikal untuk bertugas bersama sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan di KLCC dalam himpunan aman anjuran PROTES petang tadi. Seperti himpunan yang biasa dilakukan, Unit Amal diminta untuk mengawal keselamatan pimpinan dan peserta untuk memastikan tidak ada berlakunya sebarang gangguan samada provokasi dari peserta atau pihak polis.
Ketika dalam perjalanan, saya cuba menghubungi beberapa sahabat saya menggunakan telefon bimbit yang berfungsi sebagai 'walkie talikie' malangnya talian saya bermasalah. Saya meneruskan perjalanan dan tiba di KLCC pada jam 3.04 petang. Setelah meletakkan motorsikal diseberang jalan berhadapan dengan kompleks Suria KLCC, saya cuba mencari sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan tetapi tiada seorang pun yang kelihatan. Ketika itu, saya dapati telefon bimbit saya sudah berfungsi semula lalu saya cuba menghubungi sahabat saya.
Panggilan saya telah dibalas seorang sahabat dan saya menerima makluman rupa-rupanya kesemua sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan telah dikejar dan diserbu lebih kurang 30 orang anggota polis pada sekitar jam 2.40 petang ketika mereka semua berkumpul di Stesen LRT Ampang.
Hj Zamhuri Pakmat
Daripada makluman sahabat saya 6 orang anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang mana 2 orang daripadanya anggota veteran Unit Amal Wilayah Persekutuan iaitu Hj Zamhuri Mohd Tahir dan pakcik Mohamad Nawi telah ditangkap dan dimasukkan kedalam trak polis. Menurut sahabat saya lagi, anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang lain termasuk Pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan, Sdr Saripuddin masing-masing berjaya melepaskan diri dari ditahan pihak polis dengan ada yang memasuki bangunan Kompleks Ampang Park serta beberapa bangunan yang lain. More...
Jan 28, 2008
Catatan saksi mata Unit Amal demo Protes
Labels: Protes 26/1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment