Bersidai di tepi sungai
kosmo
KUALA LUMPUR – Tidak cukup pekarangan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di sini dijadikan tempat rakyat negara itu berkumpul, kini tebing Sungai Gombak pula menjadi tempat mereka melepak beramai-ramai.
Berbeza dengan suasana santai di tepi pantai, pemandangan puluhan warga Bangladesh itu melepak di tebing sungai tersebut nyata tidak menyedapkan banyak mata yang memandang khususnya dari arah Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai.
Ini kerana ramai sekadar berkain pelikat, berbaring atau tidur atas tikar tanpa baju atau memakai singlet seolah-olah di rumah sendiri.
Kebanyakan daripada mereka yang tidak bekerja, terpaksa berkumpul di kawasan itu dengan deretan beg selepas laman pejabat pesuruhjaya mereka tidak mampu lagi menampung kehadiran jumlah yang ramai.
Selain tidur, mereka juga berkumpul di kawasan konkrit di tebing sungai itu sementara menunggu waktu makan di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.
Seorang warga Bangladesh, Mohd. Abu Jabul Islam, 25, berkata, kawasan itu sudah menjadi rumah keduanya sejak beberapa hari lalu.
“Saya tidak ada tempat lain, tidur pun di sini,” katanya.
Bagi Amazil Hussain, 24, walaupun keadaan tebing sungai itu tidak selesa dan terdedah kepada risiko banjir, mereka sudah tidak peduli.
Sementara itu seorang warga tempatan, Taufik Abd. Rahman, 29, berkata, keadaan itu mencemarkan pemandangan khususnya kepada pengguna LRT di stesen tersebut.
“Bayangkan kalau ada pelancong asing yang melihat, ia akan memberi tanggapan negatif terhadap negara kita,” katanya.
Bagi Zamir Tajudin, 20, kehadiran ramai warga Bangladesh di kawasan itu juga boleh mencetuskan masalah sosial.
“Ramai orang lalu di situ untuk ke stesen LRT ini, saya bimbang kalau berlaku kejadian tidak diingini khususnya waktu malam.
“Lagi pun kawasan itu berbahaya, jika air sungai naik secara tiba-tiba mereka mungkin menjadi korban,” katanya.
No2umnO - kalau rakyat Malaysia yang bersidai seperti itu, pasti sudah kena angkut. Oiiii .... Menteri yang tidak bertanggung jawab........ jawab la
Jan 28, 2008
INDAHNYA KUALA LUMPUR
Labels: Pendatang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment