KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 28, 2008

Tiba Masanya Kita Dedahkan Rasuah Musa Hassan Kepada Rakyat!!

kerabubersuara

Tiba Masanya Kita Jatuhkan Musa Hassan dan Unit Cawangan Khas Umno bukit Aman.!!

Jelaslah kepada kita sekarang, Musuh kita bukan hanya SPR dalam kita menuntut perubahan, tetapi ia melibatkan unit yang amat setia kepada Pemimpin yang Zalim iaitu unit Cawangan Khas Bukit Aman , satu entiti dalam PDRM yang sering dipergunakan oleh pemimpin Umno, Mengapa saya fokuskan Unit Cawangan Khas dan tidak Polis keseluruhannya? Ia adalah kerana 2 peristiwa kejam dan tragis terhadap demokrasi Negara kita akhir akhir ini alatnya adalah Unit Cawangan Khas Bukit Aman.

Pengalaman saya diperhimpunan bersih juga Polis biasa hanya sekadar menjadi pemerhati, yang beria ia menjaga dan menangkap ini terdiri dari unit cawangan Khas.Kini unit ini kembali cergas sepenuhnya dibawah Musa Hassan setelah Datuk Ramli Yusuf berjaya disingkirkan dalam Konspirasi sulit Musa Hassan, manakala kordinator bagi Musa Hassan adalah timbalannya Ismail Omar. Unit cawangan Khas ketika ini bertindak ala Polis cawangan Shah Iran dipuncak kuasanya menentang kebangkitan penyokong revolusi Iran .

Sebelum ini saya pernah mendedahkan siapa Ismail Omar, Mengapa dia berani bertindak kejam dan saya juga pernah menceritakan bagaimana selepas ini Mahkamah akan digunakan Polis bermula dari dia dilantik sebagai Timbalan ketua Polis Negara. Ismail Omar yang pernah menjadi pendakwa dan berkelulusan Undang Undang dan dia amat licik menggunakan pengalamannya bagi menjadi barua yang setia kepada pemimpin yang Zalim.Mengapa dia menggunakan Mahkamah? malah dipergunakan Mahkamah Majistret yang Majisteretnya juga boleh terdiri dari anggota Polis.dan Mahkamah Majistretlah yang paling mudah dipergunakan kerana Mahakamh ini adalah standard Mahkamah yang membicarakan soal Saman Trafik dan soal bergaduh soal hutang.dan apa susahnya kalau nak minta arahan jangan mengadakan perhimpunan.

Kerja Ismail Omar dan Musa Hassan kini tidak lagi diganggu kerana Datuk Ramli Yusuf berjaya disingkirkan. Apalagi harapan kita kepada PDRM? Masih adakah mereka didalam PDRM yang bersimpati dengan kita sebagai agen perubahan,dan masih ada lagikah orang seperti Datuk Ramli Yusuf yang berani menyiasat dan mendedahkan kebobrokan Ketua Polis dan teamnya yang bersengkongkol dengan penjenayah.

Disinilah letakkanya peranan kita sekarang. Ingat!! Kita kini berhadapan dengan unit cawangan Khas dan bukan Polis keseluruhannya. Apakah kita hanya menunggu nunggu tarikh satu satu perhimpunan? Lalu semua pemimpin kita ditangkap, apa usaha kita selain dari perhimpunan untuk kita menuntut perubahan, bukan salah untuk berhimpun tetapi mestilah ada usaha bersungguh sungguh melakukan perubahan. Iaitu usaha diluar daripada kita membuat perhimpunan. Kali ini kita bukan lagi berhadapan dengan SPR malah Unit Cawangan Khas. Apakah tidakMusatahil Unit cawangan khas ini juga memainkan peranan memenangkan Umno pada pilihanraya akan datang? Kerana SPR tidak mampu bertindak bersendirian, jangan lupa Polis dan SPR pernah berkumpul di Pulau Pangkor bersama Abdullah Badawi bagi membincangkan soal Pilihanraya. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive