KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 28, 2008

Usaha SINGKIR Adun Bota, DATO' CHE RI DAUD?

sanggahtoksago.blogspot

Zaim (bersongkok hitam) amat disenangi oleh pengundi kerana memiliki PR yang baik namun pernah ditewaskan oleh PAS melalui calonnya, Dr. Faizol Muhamad dalam pilihan raya 1999.

By TARMIZI MOHD JAM

ADUN Bota yang mewakili BN, Dato' Che Ri Daud dikatakan berada dalam dilema apabila Umno Bahagian Parit, Perak makin kuat untuk "menyingkirkan" beliau dari terus mewakili Dun itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber Umno Parit, Che Ri yang berasal dari Batang Padang, Tapah bukan sahaja dibenci oleh ahli-ahli Umno dan pengundi Bota tetapi khidmatnya yang tidak berkesan sudah menjadi buah mulut Umno Perhubungan Perak.

Che Ri yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian, telah dipilih dalam pilihan raya umum 2004 lalu bertanding di Dun Bota menggantikan Cikgu Ismail Hasbollah yang tewas pada calon PKR sebelum ini.

Cikgu Ismail, anak tempatan berasal dari Kg. Telok Bakong, seorang pesara guru telah tidak dipilih semula ekoran kekalahannya ditangan PKR pada pilihan raya umum 1999.

Sepanjang khidmatnya dari 1995-1999, Cikgu Ismail bukan sahaja tidak disenangi oleh ahli-ahli Umno tetapi penduduk-penduduk Bota amat bosan dengan sikap angkuh dan sombong tidak bertempatnya serta beliau seorang wakil rakyat yang tidak mesra rakyat. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive