cikgunurionline
Dipos oleh cikgunurionline di Januari 28, 2008
ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah, bertemu sekali lagi.. pagi sabtu lepas, saya telah bertemu dengan Dato’ Hj Husam. Banyak perkara yang telah dibincangkan. Antara lain, mengenai ura-ura bahawa parlimen akan dibubarkan awal minggu depan, manakala pilihanraya umum pula dijangka pada 21 Feb 2008.
RAMALAN & KEMUNGKINAN I
Menurut beliau lagi, tarikh ini dipilih kerana mempunyai asas yang kuat, iaitu sesuatu yang tidak dijangka oleh rakyat. Walaupun tarikh tersebut masih dalam eddah Tahun Baru Cina dan selepas itu pula perayaan Cap Goh Meh diraikan. Namun, hakikatnya PM peduli apa? Usah dikira lagi kepentingan kaum lain dalam pertimbangannya. Kuasa ditangannya.
Apa yang penting kepada mereka sekarang ialah UNDI MELAYU. Jesteru itu, UMNO di lihat akan cuba menguasai semaksima mungkin pengundi Melayu dalam PRU 12 nanti dengan pelbagai gula-gula politik dan janji-janji. Kadangkala, tanpa dinafikan ianya boleh mengugat semangat dan keinginan orang melayu untuk mengubah kerajaan yang ada.
KWAPM :- ADA UDANG SEBALIK BATU
Terkini pula khabarnya, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di sekolah-sekolah ‘dijelmakan’ sebagai senjata baru dalam percaturan politik mereka. Sebanyak RM 300 juta di peruntukkan kepada semua PPD untuk menjalankan agenda politik mereka melalui pelbagai program yang berselindung disebalik nama program sekolah tetapi hakikatnya melaksanakan gerak kerja K10 UMNO. Program K10 diwujudkan dengan sebaiknya, dimana seorang guru ‘di perintah & dipaksarelakan’ untuk menjaga 10 buah keluarga pelajarnya merangkumi kebajikannya dan yang lebih utama memastikan keluarga tersebut mengundi UMNO.
Kasihan kepada guru yang dipaksa untuk melaksana kerja ini. Mereka terpaksa akur kerana bimbang dengan masa depan mereka. Bukti UMNO menggunakan guru cukup jelas khasnya di PPD di Kelantan sekarang ini di mana setiap perjumpaan UPU diadakan di rumah guru tertentu atas nama program ramah mesra bersama Pengarah JPN negeri. Dimana, setiap guru diWAJIBkan hadir ke perjumpaan tersebut, sekiranya ingkar maka perlu dikemukan surat tunjuk sebab.
RAMALAN & KEMUNGKINAN II
Berbalik kepada ramalan PRU. Antara alasan lain mengapa PRU 12 pada Februari ialah kerana pada waktu tersebut PM tidak mempunyai program di luar negara setelah pulang dari Switzerland bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia. Sementara awal Mac Paklah akan ke Senegal untuk menyerahkan kerusi Presiden OIC kepada negara yang berikutnya.
Selain itu juga, SPR dijadualkan melengkapkan roadshow mereka pada 29 Januari 2008 dengan menjadikan negeri Perak menjadi destinasi terakhir. Katakan apa sahaja, baik askar, bomba, guru, FRU, doktor, kakitangan kerajaan malahan polis juga telah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa. Dan waspadalah, mungkin segelintir dari mereka ini akan digunakan dengan sebaiknya UMNO untuk berkuasa.
Renungkanlah juga kepada peranan media kebelakangan ini. Semuanya menyiarkan rayuan, pujian, kesediaan serta kesanggupan pemimpin UMNO dalam pelbagai karenah. Ada yang minta tidak dicalonkan, ada yang sebaliknya. Sungguh memualkan…kenyataan itu, kenyataan ini.
Walaubagaimanapun, mungkin kita boleh belajar sesuatu dari semua ini. Bagi saya, kalau pemimpin UMNO boleh menerima hakikat mereka tidak dicalonkan maka apalah kurangnya kepada PAS. Kita sepatutnya lebih boleh menerimanya kerana kita berjuang untuk mendapat keredhaan Allah SWT bukan kerana pangkat dan gelaran yang kita ada. Di tambah lagi kita yang memimpin sebuah perjuangan Islam dengan menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai contoh ikutan yang terbaik.
AWAS..MASA KIAN SNGKAT
Secara simboliknya, ianya menjadi ukuran kepada kita bahawa PRU telah hampir. Andainya betul semua ramalan ini, maka saya merasakan masa yang ada kepada pembangkang untuk menyiapkan semua jentera mereka adalah amat suntuk dan memerlukan tindakan yang pantas dan segera. Teruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Jan 28, 2008
PRU 12 :- FEBRUARI 2008
Labels: PRU12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment